Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Jun 2013

Menakjubkan! Bukit Pasir 7 Warna di Pulau Mauritius

Chamarel adalah sebuah perkampungan yang berada di Daerah Black River, di Pulau Mauritius, sebelah timur Afrika. Di sini, anda boleh melihat sebuah bukit pasir dengan 7 warna berbeza. Bukit pasir ini juga dikenali dengan nama ‘Seven Colored Earth’.


Perkampungan ini menjadi tempat pelancongan paling terkenal di Pulau Mauritius sejak tahun 1960-an. Di kawasan seluas 7500 m2 ini terhampar luas pasir halus berkilau dengan aneka warna berbeza. Mulai dari pasir berwarna merah, perang, ungu, hijau, biru, kuning, dan oren berpadu menjadi satu, menciptakan sebuah pemandangan yang menakjubkan.




Kewujudan ‘Seven Colored Earth’ ini memang cukup unik, mengingatkan kedudukannya yang jauh dari pantai.

Hasl kajian, pasir aneka warna ini terbentuk dari pecahan batuan vulkanik aneka warna, dan bercampur dengan pelbagai mineral yang terkandung dalam tanah sejak lama. Hasil gabungan inilah yang menimbulkan warna-warni cantik di ‘Seven Colored Earth’.






sumber: http://goklik-info.blogspot.com/billyinfo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan