Home Klik Di Bawah

Rabu, 19 Jun 2013

Mengapakah Rasulullah SAW Memanggil Siti Aisyah Dengan 2 Gelaran?

Siti Aisyah r.a adalah isteri Nabi Muhammad saw yang paling dikasihi baginda. Rasulullah saw memanggil isterinya itu dengan dua gelaran. Gelaran pertama dipanggil dengan gelaran “Humaira”. Panggilan itu diberi kerana warna kulit Siti Aisyah yang putih kemerah-merahan. Maka disebabkan itu, Rasulullah saw member gelaran Humaira kepada Siti Aisyah.



Gelaran kedua yang diberikan Rasulullah saw kepada Siti Aisyah adalah “Muwaffaqah” yang bermaksud cerdik dan mencerdikkan orang lain. Jika gelaran Humaira diberi kerana warna kulit Siti Aisyah yang kemerah-merahan, maka apakah sebab gelaran Muwaffaqah diberikan Rasulullah saw kepada isterinya itu?
 
 

Gelaran Muwaffaqah diberikan kerana sifat Siti Aisyah yang rajin bertanya.Sifat ini adalah sifat yang baik dan terpuji. Oleh kerana itu, kita tidak boleh melabelkan orang yang rajin bertanya sebagai orang tidak reti.Orang yang rajin bertanya bukanlah seorang yang bodoh.

Orang bertanya kerana ada tujuannya. Kadang kala pertanyaan mereka itu dilontarkan demi memandaikan orang lain. Jika mereka bertanya, secara tidak langsung ia membuka ruang untuk orang lain turut mengetahuinya. Sifat ini lebih baik daripada orang yang tidak tahu dan malas untuk bertanya.

Namun, dalam masa yang sama, ada kala orang bertanya kerana dia memang tidak pandai tentang sesuatu perkara. Sifat ini perlu ada dalam kalangan pelajar.Bahkan seharusnya ada dalam kalangan setiap individu untuk sentiasa belajar dan terus belajar. Bukankah kita sentiasa belajar setiap hari? Maka, janganlah ada di antara kita mengherdik orang yang mempunyai sifat gemar bertanya. Sebab itu, Muwaffaqah ini maknanya orang yang cerdik dan mencerdikkan orang lain.
 http://myworknowledge.blogspot.com

1 ulasan: