oleh Nurul Anuar Kari
Adakah anda sering merasa pedih ulu hati (heartburn)
atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong? Atau
pernahkah anda mengalami kembung perut atau sendawa yang kerap, walaupun
belum menikmati makanan.
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala
ini selain sering rasa masam atau pahit di dalam mulut, sukar menelan
makanan, sakit kerongkong dan batuk berterusan seterusnya mengalami
gangguan tidur akibat simptom-simptom tersebut, anda mungkin menghidap
GERD.
GERD (gastroesophageal reflux disease) merupakan
penyakit biasa di Barat dan kini semakin banyak dikesan pada penduduk
Asia, terutamanya golongan muda di bawah umur 40 tahun.
GERD adalah keadaan yang timbul akibat refluks atau regurgitasi kandungan perut ke salur pemakanan (esofagus) menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.
Kenali GERD
Pada
kebiasaannya, asid dalam perut hanya memasuki salur pemakanan dalam
jumlah kecil sahaja dan akan segera dineutralkan kembali. Bagaimanapun
dalam kes GERD, jumlah asid yang banyak disalurkan ke esofagus apabila
injap terbuka dan dalam jangka masa panjang mungkin menyebabkan lapisan
tisu saluran itu terhakis.
Bagi pesakit GERD, hakisan berulang sehingga ke sel-sel saraf akan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian dada.
Kesakitan ini berpunca daripada kumpulan saraf berhampiran jantung
yang dikongsi bersama salur esofagus. Kumpulan saraf ini dikongsi
memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke
perut.
Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, pesakit tidak
akan sakit pada perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada
(sternum) dan kerap pedih ulu hati. Pesakit juga akan kerap merasa masam
(asid) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini.
Merana Dalam Diam
Ramai pesakit GERD yang 'merana dalam diam' akibat tidak mengetahui mereka menghadapi masalah refluks asid ini.
Dianggarkan
15-20% daripada populasi penduduk di Malaysia menghidap GERD dan jumlah
ini mungkin lebih tinggi di bandar-bandar utama dalam kelas umur yang
masih bekerja. Kajian terkini juga menunjukkan lebih 50% pesakit asma
yang susah untuk dikawal menghidap GERD.
Selain itu, penyakit ini juga tinggi di kalangan pesakit laringitis kronik yang memberi kesan kepada pita suara mereka. Masalah tidur yang dihadapi pesakit GERD juga meningkat dengan jumlah kejadian pedih ulu hati yang berlaku dalam seminggu.
Punca GERD
Punca sebenar refluks masih belum diketahui tetapi berkemungkinan melibatkan fungsi sphincter atau cerutan yang memisahkan esofagus dan perut yang semakin lemah, menyebabkan asid memasuki esofagus.
Faktor lain yang dilihat meningkatkan risiko menghidap GERD termasuklah :
* Obesiti (kegemukan)
* Jantina (lelaki lebih mudah mendapat GERD)
* Usia (risiko meningkat dengan usia)
* Bangsa (kaum India lebih mudah menghidapi GERD) dan
* Gaya hidup (pengambilan alkohol dan rokok)
Rawatan
Rawatan
melalui pembedahan mengetatkan cerutan struktur ini juga tidak
menunjukkan kejayaan memberangsangkan kerana kebanyakan pesakit tetap
perlu mengambil ubat.
Ubat Proton Pump Inhibitor (PPI)
menjadi pilihan pakar sistem salur pemakanan untuk mengawal penghasilan
asid oleh sel-sel di dalam perut, seterusnya mengawal masalah refluks
asid pesakit GERD.
Ubat PPI digunakan untuk rawatan segera
simptom utama GERD yang menyukarkan kehidupan harian pesakit dan juga
untuk kawalan jangka panjang penyakit tersebut.
Esomeprazole
merupakan antara contoh PPI terbaik dan dianggarkan 20% lebih berkesan
dalam mengawal penghasilan asid perut. Ubat untuk rawatan GERD seperti
PPI juga hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor bertauliah.
Mereka yang mempunyai gejala atau simptom GERD digalakkan menemui doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.
Ujian
endoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan jika terdapat hakisan
asid pada esofagus pesakit tetapi ujian ini tidak menjadi kewajipan
untuk rawatan GERD.
sihatselalu
kami dari Wong Medical Centre adalah satu pusat rawatan yang sangat unik dan istemewa kerana kami boleh merawat pelbagai jenis dengan menggabungkan tradisi dan moden untuk rawatan . kami mempunyai ubat yang baik untuk pedih ulu hati/gastricini . untuk maklumat lanjut sila hubungi
BalasPadam+60124520077
Email : wongmedicalcentreipoh@gmail.com
website : newhopemedic.com