Bila cerita pasal suami isteri
bergaduh…mesti semua orang akan kata…biasa la suami isteri
bergaduh..lumrah la tu…mustahil kalau tak ada pergaduhan. Tapi sampai
tahap mana seriusnya pergaduhan tersebut?? Bergaduh sebab apa?? ini
admin Motivasi Cinta nak kongsi Petua Untuk Elakkan Suami Isteri
Bergaduh..
1. Dengar dahulu sepenuhnya apa yang
pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian baharulah anda fikir dan buat
penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah disebabkan pergaduhan yang sia –
sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak digunakan.
2. Ketika ingin mengutarakan
pendapat, pastikan anda berkata- kata menggunakan nada yang rendah dan
mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan
memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.
3. Ada pasangan yang hidup bahagia
walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana, mereka menerima
pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima
bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian baharulah anda cuba mengubah dia
dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita
seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan
pasangan kita.
4. Jangan melibatkan adik beradik
anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga
anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak
menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari
terlibat dalam urusan rumah tangga anda.
5. Pastikan anda melakukan perkara
yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua
telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda
perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil
keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan
keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan
sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan
lebih teruk.
6. Jika anda sayangkan pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.
7. Jika tiada jalan penyelesaian,
anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga seperti kaunselor, ibu
bapa, kawan rapat atau adik-beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa
berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat
dengan hati yang terbuka
Masa marah yang berapi-api tu…salah
seorang kena la beralah…salah seorang kena diam kan diri…atau pun keluar
dari rumah…itu dikira tempoh bertenang…bagi masing-masing tempoh
bertenang…supaya otak tu boleh berjalan…boleh fikir cara waras…bila
tengah marah…keputusan banyak dipengaruhi oleh emosi … so pandai-pandai
la yer…
http://pakarcinta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan