Home Klik Di Bawah

Jumaat, 21 Jun 2013

Resepi - Nasi Goreng Cina

ssalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Semoga anda semua sihat dan ceria2 sentiasa. Hari ni saya masak nasi goreng cina. Biasanya nasi goreng cina ni tak pedas, tetapi saya tambah cili ikut kesesuaian. Nasi goreng ni kalau tak pedas, tak berapa laku kat rumah ni...itu yg saya tambah cili supaya laku nasi goreng saya. Jom kita tengok resepi yg mudah dan semestinya sedap ini....kalau tak percaya...cubalah...






Bahan-Bahan
  • 4 cawan nasi sejuk ( peroikan)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan udang sederhana besar
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 batang cili hijau/merah
  • sedikit daun sup/daun bawang(di hiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Tumis (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.Masukkan telur dan biarkan sebentar.
  2. Bila nampak telur separuh masak kacau cepat2 supaya hancur dan rata.
  3. Masukkan sayur campur dan udang. Masukkan hirisan cili hijau/merah... Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram dan gaul lagi.Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula. Kacau supaya rata dan goreng nasi sampai berasap2...
  5. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang...kacau lagi. Sekiranya rasa dah ok bolehlah matikan api dan angkat nasi tu.
  6. Nasi goreng ni boleh di makan bersama ayam goreng atau keropok ikan.
 http://yatiememories.blogspot.com

1 ulasan:

  1. resepi ni sama dengan resepi kat kongsi.com..mungkin orang yang sama? hehe
    apepon, serius best resepi ni..tenkiuuu kongsikan :)

    BalasPadam