Home Klik Di Bawah

Sabtu, 8 Jun 2013

Sejarah Awal Penciptaan Robot Dari Ilmuwan Islam


KETERANGAN GAMBAR 1 : LAKARAN WAJAH AL JAZARI
KETERANGAN GAMBAR 2 :ROBOT MUZIK CIPTAAN AL JAZARI
KETERANGAN GAMBAR 3 :JAM AIR/JAM GAJAH.


Bicara tentang robot, pasti ramai di antara kita yang akan ingat Negara Jepun adalah negara pelopor industri robot-robot cerdas ketika ini.
 
Tetapi ramai kah di antara kita yang tahu siapa orang yang pertama kali menemukan sistem robotik moden?.
 
Abu Al -'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari (1136-1206) adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki. Dia adalah penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.
 
 
Seperti juga ayahnya dia bekerja untuk raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari tahun 1174 sampai tahun 1200 sebagai ahli teknikal. Pada waktu itu, Al Jazari telah mampu mencipta robot manusia (humanoid) yang boleh diprogram. Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.
 
Ada pun mesin robot yang diciptakan Al Jazari kala itu berbentuk sebuah perahu terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik, dua pemukul dram, satu robot pemetik harpa, dan peniup seruling. Robot ini dicipta untuk menghibur para tamu kerajaan dalam suatu acara jamuan minum.
 
Sebagai robot pemain muzik, tentu saja mereka pun ahli menghasilkan suara muzik yang indah.Contoh kata lah misalnya, robot pemukul dram dapat memainkan berbagai irama yang berbeda-beda. Jadi, robot itu pun bermain muzik seperti manusia yang memainkan nya!
 
Penemuan penting lainnya dari Al Jazari adalah pencuci tangan automatik. Alat tersebut automatik boleh mengeluarkan air tanpa harus diputar kepala paip atau tombol. Sistem pencuci tangan yang di asaskan Al Jazari itu juga telah digunakan saat ini dalam sistem kerja toilet moden atau toilet mewah.
 
Teknologi yang dikembangkan Al Jazari mencapai 50 jenis dan semua ditulis dalam kitab yang berjudul “The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices”
 
Seorang ahli teknik Eropah , Donald Hill begitu kagum dengan pencapaian Al Jazari. Donald Hill berpendapat,
 

Quote:
”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ianya begitu detail memaparkan instruksi untuk merekacipta, merakit, dan membuat sebuah mesin.”

Jam gajah dalam sebuah manuskrip oleh Al-Jazari [http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Jazari] (1206 M) dari Buku Ilmu Alat Mekanikal Pintar


Salah satu karya Al Jazari yang membuat Donald Hill kagum adalah jam gajah – diciptakan sekitar tahun 1206. Replika jam gajah dapat dilihat saat ini di London Science Museum. Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari , terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.

Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.

Dalam dunia Islam zaman pertengahan (632-1280 M), penggunaan jam air berakar umbi ketika kebangkitan Iskandariah di Mesir, dan berterusan hingga zaman Byzantium. Sungguhpun begitu, jam air/Jam Gajah ciptaan Al-Jazari dipuji kerana jauh mendahului "segalanya" yang tercipta sebelumnya.

Dalam treatisnya yang dikarang pada tahun 1206, al-Jazari menceritakan kan salah sebuah jam air ciptaannya yang bergelar jam gajah. Jam ini mencatat jam waktu yang berlalu—justeru kadar aliran perlu diubah setiap hari untuk memadankan jangka masa siang yang berubah-ubah sepanjang tahun. Untuk itu, jam ini ada dua tangki, iaitu tangki atas yang disambung dengan mekanisme penandaan masa dan tangki bawah yang disambung dengan pengatur kawal aliran. Pada dasarnya, pada waktu fajar, pili dibuka dan air mengalir dari tangki atas ke tangki bawah melalui pengatur apungan yang memastikan kemalaran tekanan dalam tangki bawah.

Jam astronomi janaan air yang paling canggih ialah "jam istana" ciptaan Al-Jazari pada tahun 1206 yang dianggap sebagai contoh terawal komputer analog yang boleh diatur cara. Ia merupakan peranti kompleks yang tingginya 11 kaki, dan dilengkapi berbagai-bagai fungsi selain menjaga masa. Jam ini bercirikan paparan zodiak dan orbit-orbit matahari dan bulan, dan penunjuk berbentuk bulan sabit yang beredar di atas gerbang, digerakkan oleh kereta sorong terlindung dan membuka pintu-pintu automatik, setiap satunya mendedahkan sebuah patung untuk setiap satu jam. Kepanjangan tempoh jam-jam seharian boleh diatur cara semula setiap hari untuk mencerminkan perubahan kepanjangan tempoh siang dan malam sepanjang tahun. Jam ini juga dilengkapi lima robot pemuzik yang mendendangkan muzik secara automatik apabila digerakkan oleh tuas-tuas yang dikendali oleh aci sesondol terlindung yang bersambung dengan kincir air.Ciri-ciri lain jam istana ini termasuk takungan utama dengan apungan, pengatur bilik apungan dan aliran, palung plat dan injap, dua takal, cakera bulan sabit yang memaparkan zodiak, dan dua automaton berbentuk burung falkon yang menjatuhkan bebola ke dalam pasu.

Jam air pertama yang menggunakan gear kisar bersegmen kompleks dicipta oleh jurutera Arab, Ibn Khalaf al-Muradi di Al-Andalus sekitar tahun 1000 M. Jam air ciptaannya dipacu oleh roda air, seperti yang digunakan oleh beberapa jam air di China pada abad ke-11. Jam air sedemikian juga dibina di Damsyik dan Fez. Jam di Fez(Dar al-Magana) masih berdiri sehingga hari ini dan mekanismenya juga pernah dibina semula. Jam buatan Eropah pertama yang menggunakan sistem gear kompleks ini ialah jam astronomi yang dicipta oleh Giovanni de Dondi sekitar tahun 1365 M. Sama dengan orang Cina, jurutera Arab pada zaman itu juga mengembangkan mekanisme pelepas yang digunakan dalam sesetengah ciptaan jam air mereka. Mekanisme tersebut berbentuk sistem turus malar yang dilengkapi apungan berat sebagai beban.

Pada acara World of Islam Festival yang diselenggarakan di Inggris pada 1976, banyak orang yang berdiri kagum dengan hasil karya Al-Jazari. Ketertarikan Donald Hill terhadap karya Al-Jazari membuatnya terdorong untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau enam abad dan enam puluh delapan tahun setelah pengarangnya menyelesaikan karyanya.

Tahukah kamu bahwa menurut Encylopedia of Britanica, Leonardo Da Vinci mendapat banyak pengaruh ilmu dari Al Jazari…?


Pautan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_air
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_gajah
http://www.hamariweb.com/
Eramuslim.com
dan sumber-sumber berpautan dengan Al Jazari.
 http://v12gether.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan