Home Klik Di Bawah

Khamis, 27 Jun 2013

Spa Minyak Mentah di Azerbaijian

Lazimnya, di sesebuah spa yang terkenal, mereka akan menggunakan kaedah-kaedah seperti menggunakan bunga, mandian susu, urutan badan dan lain-lain lagi yang mampu memberikan keselesaan dan kelegaan pada tubuh badan..Namun, di sebuah klinik di Naftalan, 160 batu dari Baku, ibu negara Azerbaijan, telah mengamalkan kaedah terapi yang menggunakan minyak mentah..menarik bukan


Para doktor mengesahkan yang mandian minyak mentah ini mampu mengubati penyakit dalam 100 keadaan yang berbeza.




Dalam proses mandian minyak mentah ini, pelanggan dikehendaki berendam di dalam takungan minyak mentah sebanyak 35 gelen ini pada suhu 40 darjah Celcius. Ramai yang mengatakan suhu minyak yang panas dan hangat mampu menenangkan sendi-sendi badan.



Walaubagaimana pun, seseorang pelanggan tidak boleh berendam lebih daripada 10 minit bagi setiap sesi berikutan kandungan minyak mentah yang mempunyai hampir 50% kandungan naphthalene yang disifatkan oleh pihak EU sebagai berbahaya kepada tubuh badan manusia.

Namun, para doktor di sini mendakwa ramai pelanggan telah mendapatkan rawatan di sini semenjak setahun yang lalu dan tiada antara mereka yang mengalami sebarang komplikasi berkaitan mandian minyak mentah tersebut. Namun, demi langkah berjaga-jaga, had masa mandian tidak melebihi 10 minit itu tetap dikuatkuasakan.



sumber: http://drysheet.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan