Home Klik Di Bawah

Khamis, 13 Jun 2013

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Assalamualaikum wbt...dan Salam Sejahtera. 
Ketika mentari mula memancarkan cahayanya, maka teranglah alam ini. Semuanya dapat di lihat dengan jelas dan nyata. Terserlah keindahan alam ini... Pelbagai warna alam serta hidupan dapat kita nikmati. 
 
Bila tiba masanya...mentari akan perlahan-lahan menghilangkan dirinya di ufuk barat. Suasana yang tadinya terang kini kian suram dan kelam. Pabila saat ia hilang dari pandangan, alam ini menjadi gelap... Maka bermulalah malam.
Bagaimana kejadian siang dan malam ini berlaku? Secara mudahnya...Permukaan bumi yang  disinari sinaran mentari mengalami siang manakala bahagian yang terlindung pula mengalami malam. Bumi ini bulat dan berputar dari barat ke timur. Maka setiap permukaan bumi mengalami siang dan malam bersilih ganti yang berbeza-beza tempohnya.
 
 
 
 
Di kala siang dan malam silih berganti menandakan hari-hari yang berlalu, rembulan pula menjadi petunjuk kepada tempoh masa yang lain pula... lengkap kitaran ia menjelma maka lengkaplah sebulan tempoh kehidupan ini. 
 
  "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas". (Al-Israa' - Ayat 12)

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Pabila mentari sudah menyembunyikan diri...Tiada lagi cahaya...hanya kegelapan. Namun ianya tidak bermakna tiada lagi keindahan yang dapat anda nikmati. Malam adalah ketika dan masa yang paling indah untuk  anda menikmati  ketenangan dengan penuh kualiti
 
Kehadiran rembulan memberi sinaran cahaya kelam yang cukup mempersonakan. Umpama sebuah lampu yang tergantung di angkasa, menyinari malam yang gelap gelita. Keindahan alam terserlah dalam suasana yang amat berbeza. Suasana yang memberi satu perasaan yang sukar di lafazkan dengan kata-kata, hanya dalam hati merasainya. Nikmati keindahan malam yang menakjubkan ini... 
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan    Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Malam...di kala tiada lagi sinaran mentari. Dimana semua aktiviti hidupan mula berhenti. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Masa untuk kita menikmati ketenangan dan kedamaian. Masa untuk kita berehat. Masa untuk memulihkan kembali kesegaran dan tenaga untuk jasad dan minda.
 
Masa untuk kita kembali berkumpul bersama ahli kelurga mahu pun teman-teman setelah sibuk mencari rezeki dan ilmu di siang hari. Masa untuk beriadah dan bersantai penuh dengan kegembiraan dan keceriaan seketika di bawah mahligai anda berteduh. 
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Malam...suasana kegelapan yang mungkin menakutkan. Kegelapan yang meyeramkan dan menimbulkan pelbagai misteri. Itu hanya perasaan yang pasti akan menjelma pabila kita dalam kegelapan.
 
Namun...jika kita dapat menyesuaikan diri dengan malam, disebalik kegelapan ini ia memberi satu suasana yang mengasyikkan. Menikmati suasana malam yang sepi dan dingin mampu menyegarkan minda untuk berfikiran positif, jauh dan tidak terbatas. Masa yang sesuai untuk membuka minda dalam mencari ilham.
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan   
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana malam yang gelap dan sunyi adalah masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri. Mencari ketenangan dan kedamaian sambil merenung akan kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Masa yang paling tepat untuk kita merapatkan diri kita kepada yang Maha Esa.
 

Masa yang sesuai untuk kita berzikir dan beramal...Suasana sepi dan dingin membuatkan kita berinteraksi dengan penuh kusyuk. Memfokuskan minda hanya pada yang satu...Tuhan yang Maha Esa...Allah SWT, pencipta alam dan segala hidupan di dalamnya.
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Malam dan siang...Satu tanda kekuasan Ilahi. Hanya Allah SWT yang mampu menjadikannya dan hanya dia yang mampu mengubahnya :
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa". :Surah Yunus - 6. 
 
Yakin akan kekuasaannya. Turutilah segala perintahNya...Jangan sampai anda terlewat! Pabila mentari terbit dari Barat barulah anda menyedarinya.  Maka... pada waktu itu...segalanya sudah terlewat.
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Tidak semua orang dapat menikmati malam dengan penuh ketenangan dan dapat menikmati rehat. Ada yang perlu meneruskan kehidupan... Ada yang tetap sibuk mencari rezeki, mencari ilmu dan tidak kurang juga leka dengan hiburan. Namun sampai masanya... anda juga perlukan rehat.
 
Malam adalah masa paling sesuai untuk anda berehat. Rehat yang terbaik adalah tidur. Tidur itu satu keperluan untuk  memulihkan kembali tenaga dan kesegaran jasad serta minda. 
 
Relaks Minda anda, nikmati rehat dan tidurlah dengan tenang... Jangan lupa berdoa kerana anda tidak tahu lagi sama ada anda dapat membuka kembali mata untuk menikmati lagi kehidupan ini.
 
amalan sebelum tidur

amalan sebelum tidur

Terima kasih bersama Relaks Minda.... >_<

p/s: sudilah kiranya klik G+ di atas... semoga segala manfaat dapat di kongsi dengan rakan2 yg lain.
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan