Home Klik Di Bawah

Jumaat, 28 Jun 2013

SUBHANALLAH! - Hajar Aswad merupakan Sumber Gelombang Elektromagnetik Bumi?

Hajar aswad merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi? biar betul. Sepertimana yang kita tahu hajar aswad adalah merupakan salah satu batu yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah. Ianya merupakan tempat permulaan dan akhir tawaf dan juga tempat yang paling mustajab dikabulkan doa.
Dalam Encyclopedia Americana ada menuliskan:
“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawa ataupun solat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.




Menurut hasil kajian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari besi yang ada di bumi.
 Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga dimana tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Ikuti Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad
Beberapa angkasawan yang berada di angkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata ia datangnya dari Bait Allah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi sebagai mikrofon yang disiarkan dan mencapai beribu-ribu batu menyiarkan liputan. 

Pada November 2012 seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu Makkah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.  

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis :

Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.Wallahu a’lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.
SUMBER: http://amekaw.co

Tiada ulasan:

Catat Ulasan