Home Klik Di Bawah

Rabu, 26 Jun 2013

Tips Bagaimana Ingin Memilih Hard Disk External Yang Terbaik

hdd

Bagi pengguna komputer media penyimpanan merupakan teknologi yang sangat penting. Media penyimpanan boleh didapati dalam pelbagai bentuknya seperti CD, USB flash Drive, hasrddisk internal komputer, dan banyak lagi.

Untuk pemilik data-data besar dan penting biasanya media penyimpanan yang paling populer adalah harddisk external kerana selain kapasitinya yang sangat besar, ia juga sangat diminati kerana mudah digunakan.Dengan sekelip mata anda terus mendapatkan tambahan memori, tidak perlu membuka perkakasan yang ada didalam desktop komputer.

Jadi apa yang perlu kita perhatikan sebelum anda membeli sebuah harddisk external? selama ini yang kita perhatikan hanyalah harga harddisk external tersebut, tetapi sebenarnya banyak faktor lain yang perlu diperhatikan pada sebuah harddisk external, berikut adalah beberapa tips bagi Anda yang akan memilih dan akan membeli harddisk external:




1. Kapasiti Harddisk
Hal pertama dan paling umum yang harus atau biasanya Anda perhatikan adalah kapasiti harddisk tersebut, hal ini sepenuhnya bergantung kepada Anda  untuk apa nanti harddisk tersebut digunakan, kerana harga harddisk biasanya  ditentukan oleh kapasiti harddisk tersebut maka berbijaklah semasa memilih kapasiti HDD kerana perbezaan kapasiti biasanya bermaksud perbezaan yang sangat jauh dari segi harga, untuk sekadar informasi Anda, kini sudah ada External harddisk yang dijual lebih dari 6 terrabyte.

2. Plug n’ Play (PnP)
Kemampuan PnP yang dimaksud adalah kemampuan sebuah harddsik untuk digunakan setelah disambungkan, yang bermaksud sangat mudah memakai harddisk dengan kemampuan PnP kerana tidak memerlukan pemasangan(installation) yang lama dan berbelit-belit, Harddisk dengan kemampuan PnP sangat sesuai untuk anda yang sering memakai harddisk berpindah-pindah seperti dari komputer rumah ke netbook di pejabat atau ke laptop dirumah kawan Anda.Data senang dimasukkan mahupun dikeluarkan.

3. Kepantasan Read dan Write
Yang ini juga perlu Anda perhatikan kerana kepantasan sangatlah penting. Kepantasan ini menentukan seberapa ringkas proses transfer dari komputer ke harddisk external Anda atau sebaliknya.

4. Kemudahan Recovery/Back-up
Kemudahan ini sangat penting untuk Anda yang tidak ingin kehilangan data-data penting Anda kerana lupa untuk memback-up data.Bermacam-macam bentuk dari kemudahan ini , ada yang menggunakan tombol pada casing ada juga yang secara automatik atau manual.

5. Casing
Casing pada harddisk external sangat sensitif, Perlu disarankan kepada Anda untuk memilih casing yang kukuh dan kuat kerana biasanya harddisk external ini disimpan pada tempat yang banyak terkena hantukan.
 http://gilerkentang.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan