Home Klik Di Bawah

Ahad, 16 Jun 2013

Tips Pilih Pakej Umrah

Seorang teman yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci meminta pendapat Anim tentang pakej umrah melalui internet. Pening nak pilih katanya...ada mahal ada murah. Pendapat yang Anim beri padanya ini pendapat sendiri, berdasarkan pengalaman sendiri, sanak saudara dan teman2 rapat...so, mungkin berbeza pendapat dengan oranglain. Kalau pakej bersama Ustaz (popular kat Utara) tak taulah...tak pernah cuba (next time maybe, insya-Allah)
 
 

1) Harga pakej yang ditawarkan. Kena lihat apa yang dioffer pihak travel tour (bukan hanya beg sandang, beg roda kecil, sarung kasut...mana2 pakej umrah boleh bagi free) . Takat ni mana-mana travel tour beri free air zamzam 10 liter seorang untuk dibawa balik Malaysia.

2) Bilangan hari pakej tawarkan kepada jemaah.

3) Jarak hotel penginapan ke Masjidil Haram. Tapi ni pun rezeki jugak...seorang teman Anim yang baru balik dijanjikan 300m dari Masjidil Haram. Tiba sana kena menapak 800m. Bawa 3 anak pula. Keletihanlah anak2nya.

4) Bilangan jemaah ditempatkan dalam satu bilik. Harga yang dikenakan adalah berbeza. Bilik ber2, ber4, ber6.

5) Syarikat penerbangan yang dioffer. Kalau banyak transit macam Pakistan Airlines, ada yang tak tahan badan...demam bila sampai@balik.Yang jadi pilihan biasanya MAS atau Saudi Airlines. Kalau MAS..mewah makan tapi payah nak solat sebab depa tak benarkan jemaah berdiri bersolat dalam flight. So, jemaah hanya dapat bersolat @ s o l a t  h o r m a t  w a k t u  atas kerusi masing2. Pergi tak de masalah. Waktu pulang kiblat berada di belakang kita. Tang ni kena rujuk ahli agama tentang cara nak laksanakan solat dalam flight MAS). Jujurnya, Anim memilih Saudi Airlines sebab ada ruang solat agak luas disediakan. Tambahan pula passengers boleh mendengar bacaan Quran dari skrin TV yang disediakan..ada nama yg lebih tepat tak menggantikan perkataan skrin TV tu? . Yang bestnya...sebelum flight berlepas, doa naik kenderaan diperdengarkan.

6) Lagi bagus dapat cari flight yang terus ke Madinah (ni payah nak dapat..). Senanglah sikit. Tak perlu naik bas 5 jam dari Jeddah. Asyik "termiss" sahaja sebab orang lagi awal booked!

7) Khidmat mutawwif. Ada Ustaz yang datang bersama jemaah. Ada pulak ada yang menunggu di Madinah/Mekah. Sesetengah travel tour guna khidmat Indonesian studen sebagai mutawwif.

8) Berapa kali travel pakej bawa kita p umrah bersama mutawwif? Bagi yang 1st time jejak kaki ke Tanah Suci, khidmat mutawwif amat diperlukan. Kalau yang dah p berkali2...jangan cakaplah. Nampak muka sekali je tiba Mekah. Lepas tu...depa bergerak sendiri. Ada travel pakej umrah bawa jemaah buat 2 kali umrah. Umrah wajib tu biasalah bila kita bertolak ke Mekah, bermiqat di Bir Ali. Satu lagi umrah sunat depa bawa kita, bermiqat di Tana'im. Pengalaman tahun lalu, kami dibawa 4 kali membuat umrah oleh travel pakej.

9) Senarai tempat lawatan. Ada travel pakej dah masukkan sekali dalam harga pakej. Ada yang kena bayar asing, nak p melawat baru bayar. Tapi..tak semua dapat p pun. Kadang2 alasannya tak cukup bas. Yang terbaru khabarnya...banyak tempat yang dulu boleh dilawati jemaah kini tidak dibenarkan lagi dilawati jemaah oleh kerajaan Saudi. (Khabarnya termasuk Hudaibiyah. Ni Ustaz yang bagi ceramah Haji bersiri yang baru balik umrah bagitau)

10) Keselesaan beribadat di sana. P bukan selalu, RM pun kena tebal juga. Dapat travel tour yang ambil berat dan boleh membantu jemaah yang menghadapi kesusahan, senanglah kita. Syarikat ada nama sekali pun bukan mesti yang terbaik. Maklumlah...yang promo orang di Malaysia, tentu jauh berbeza bila tiba sana.Dapat hotel bocor, tak ada air, jarak jauh, "ditinggalkan" mutawwif..dibiarkan sendiri..

11) Kursus Umrah sebelum bertolak. Ada yang buat dan ajar betul2 dari A to Z. Ada yang lebih banyak cerita fasal lawatan. Ada yang buat kursus macam yang mai dengar tu dah ada pengalaman pergi semua. Kalau 1st time nak p...memang tak faham betullah.

12) Apa-apa hal pun, yang penting untuk kita sedar, kita TETAMU ALLAH di sana. Kadang2 travel tour tak ternama, pakej murah pulak..dapat layanan istimewa dari Allah SWT. Ada yang mewah pulak...bermasalah itu ini.. Pendekata..banyakkan bersujud melakukan solat taubat dari Malaysia lagi. Mohon dipermudahkan perjalanan dan urusan, andainya diuji Allah kerana sayangnya Allah kepada kita..Kita mampu bersabar dan redha dengan ujianNya.

P/S Semoga dapat membantu.... 
 http://bicaraneem.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan