Home Klik Di Bawah

Selasa, 18 Jun 2013

Tips Simpanan Selepas Perkahwinan

saving-money-family
 
Umum tahu di usia awal perkahwinan, iaitu selepas perkahwinan, kewangan bagi pasangan yang berpendapatan sederhana adalah tidak stabil. Banyak perkara yang perlu diutamakan untuk proses selepas perkahwinan. Hari ini PakarCinta ingin mengongsikan tips bagaimana untuk menyimpan untuk kegunaan selepas perkahwinan.  :




Tetapkan pendirian dan fikiran matlamat anda
Cuba fikirkan apakah yang anda inginkan selepas selesai majlis perkahwinan. Adakah anda ingin membeli rumah, pergi melancong atau tinggal bersama keluarga mentua? Perkara berkaitan perlu difikirkan secara serius dan tidak dipandang remeh. Sekiranya ingin pergi melancong, maka anda perlu ada simpanan kewangan yang mencukupi untuk melancong dan perbelanjaan harian yang seterusnya.

Tempoh masa matlamat ingin dilaksanakan
Tetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, anda ingin melancong ke Pulau Sibu dan fikirkan bilakah masa untuk anda mula menyimpan wang perbelanjaan pelancongan dan berapa lama tempoh masa anda ingin berada di sana. Perancangan kewangan yang teliti perlu dikaji agar wang mencukupi selepas berhabisan wang selepas majlis perkahwinan.

Tip:
Tinjauan yang efektif adalah langkah terbaik untuk penjimatan kewangan dari segi kos penginapan yang murah tetapi selesa buat anda berdua. Perlu diingati bahawa menabung adalah jalan terbaik untuk menyimpan wang sebelum berkahwin. Kini bukan lagi persaraan bujang, tetapi berdua bersama pasangan tersayang.

Menganalisis dan mengkaji keberkesanannya
Analisis perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk majlis perkahwinan dan selepas majlis. Sekiranya anda tidak mempunyai wang yang mencukupi, maka berjimat cermat dalam pemilihan barang untuk majlis perkahwinan adalah sangat penting. Ini kerana, kehidupan selepas majlis perkahwinan adalah lebih utama buat anda dan pasangan.

Tip: 
Semasa anda mula menyimpan wang untuk perkahwinan, simpanlah juga sejumlah wang untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti anda dan pasangan akan hidup selesa dan bahagia sekiranya aktiviti bulan madu dapat diteruskan selepas majlis tanpa menangguhkannya akibat masalah kewangan.

Merangka perancangan dan melaksanakan matlamat tersebut
Perancangan yang teliti diperlukan untuk matlamat penyimpanan kewangan yang stabil sebelum dan selepas majlis diadakan. Anda perlu berfikir anggaran kos yang ingin dibelanjakan ketika majlis dan anggaran wang simpanan yang masih ada selepas majlis diadakan. Ini sangat penting, sudah semestinya anda tidak mahu mengikat perut disebabkan perbelanjaan yang tidak terancang selepas majlis tamat.

Tip:
Simpanan kewangan yang kukuh amat perlu bagi kedua-dua belah pihak agar anda berdua berbahagia menikmati hari-hari sebagai pengantin baru. Mulakanlah simpanan sebelum berkahwin untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti perasaan sesalan tidak wujud dalam nota hidup anda.

Membuat pemantauan semula
Laksanakan pemantauan iaitu memikirkan cara termudah untuk menyimpan. Anda perlu mengelakkan perbelanjaan menggunakan kad kredit dan disiplinkan diri membeli barangan yang penting sahaja untuk kegunaan.

Tip:
Setkan perbelanjaan sehari yang akan digunakan untuk makan, parking, dan tol untuk ke tempat kerja. Jangan melebihi had yang telah ditetapkan Sebagai contoh sehari anda perlu belanja sebanyak RM20. Maka, biasakan diri untuk tidak boros dan belanja berlebihan had. Di saat ini, anda akan mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan selepas berkahwin.

Membuat kajian dengan lebih terperinciangan dengan membahagikan tempat menyimpan yang berlainan. Ianya lebih berkesan dan latih diri dan

Akhir sekali, kajian terperinci diperlukan dalam menjayakan simpanan kewangan untuk kehidupan selepas berkahwin. Kini, anda boleh mulakan simpanan kew
gan tidak mengeluarkan wang simpanan di bank agar ia semakin bertambah dan menyenangkan anda di masa hadapan.

Sekiranya anda ingin berkahwin, setahun atau tiga tahun sebelum majlis, simpanlah wang di bank pilihan. Tetapi jangan menyimpan di bank yang di mana gaji bulanan anda diterima. Ini untuk mengelakkan daripada terguna wang simpanan untuk berkahwin. Disamping itu, bukanlah satu akaun bank yang lain untuk simpanan wang di masa hadapan iaitu untuk keluarga selepas anda menjadi pasangan bahagia.
Sumber : n9kini.net

1 ulasan: