Home Klik Di Bawah

Sabtu, 20 Julai 2013

10 Budaya Pernikahan Tradisional Yang Unik Di Dunia

Kepelbagaian budaya dan agama merupakan sesuatu yang sinonim dengan masyarakat dunia..Selain daripada boleh dilihat dalam sambutan perayaan atau aktiviti keagamaan, ia juga boleh dilihat melalui acara pernikahan tradisional..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh tengok kat bawah ni..

1. Samoa
Dalam masyarakat Samoa, baju pasangan pengantin akan dibuat dari kulit batang pokok mulberry.
 

2. Nigeria
Di Nigeria, sekiranya seseorang calon pengantin perempuan mengenakan pakaian yang cantik sebelum hari pernikahannya, calon pengantin lelaki berhak untuk menghantar semula pakaian tadi kepada orang tua si pengantin perempuan.

3. Ethiopia
Dalam suku Surma, sebuah suku di Ethiopia, sebelum sesuatu pernikahan dilangsungkan, biasanya mempelai perempuan akan mencabut gigi bawahnya, menusuk bibirnya dan menggantikannya dengan tanah liat yang berbentuk bulat. Dari semasa ke semasa, tanah liat itu akan digantikan dari yang kecil kepada yang besar. Hal itu akan melambangkan semakin besar mahar yang diberikan bagi melambangkan kekayaan keluarga pengantin wanita.

4. Namibia
Di Namibia, pengantin wanita harus mengenakan topi khusus yang disebut sebagai "Ecora", yang diperbuat dari kulit kambing yang digosok dengan tar dan dicelup dalam minyak sebelum diwarnakan dengan warna merah.

5. Kenya
Di Kenya, selepas satu bulan pernikahan, pengantin lelaki harus memakai baju wanita yang lengkap dengan aksesori bagi memahami bagaimana beratnya tanggungjawab seorang wanita.

6. Jawa, Indonesia
Seperti kebanyakkan daerah lainnya, mereka yang bakal melangsungkan pernikahan perlu mengeluarkan wang perbelanjaan. Namun di Pulau Jawa ini, kaedah pembayaran tidak menggunakan wang, tetapi dengan ekor tikus sebanyak 25 ekor.

7. Albania
Konsep pernikahan di Albania sangat tradisional. Tradisi ini mengharuskan pengantin wanita untuk menghalang sebarang "serangan" suaminya selama tiga hari tiga malam berturut-turut. Ia bertujuan untuk memeningkan roh-roh jahat yang berkeliaran.

8. Nenets, Rusia
Dalam suku Nenets, iaitu masyarakat asli Rusia, keluarga pengantin akan menyajikan hidangan berupa daging rusa mentah kepada para tetamu undangannya.

9. Bali, Indonesia
Dalam tradisi pernikahan masyarakat Bali, kelibat pengantin lelaki tidak akan kelihatan sepanjang majlis tersebut. Ini kerana pengantin lelaki telah ditahan dan harus menyiapkan jamuan makannya. Setelah semuanya siap, keluarga pengantin perempuan akan menikmatinya.

10. New Guinea
Di Pulau Trombrian, iaitu sebuah pulau berdekatan New Guinea, sekiranya anda ingin melangsungkan pernikahan, anda perlu menyani dihadapan semua anggota suku.

p/s: Lain budaya, lain caranya..
drysheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan