Home Klik Di Bawah

Sabtu, 13 Julai 2013

10 Kesalahan Paling Hit Ketika Ramadhan

 Ramadhan
Sempena bukan yang mulia ini sudah pasti rakan-rakan blogger tidak dapat melarikan diri membuat entri berkaitan kemuian Ramadhan serta perkongsian Raadhan kepada semua rakan-rakan.

Aku juga tidak mahu terlepas dalam hal ini..hahahahhha. Jom lihat 10 Kesalahan Paling Hit Ketika Ramadhan.

Tidak sahur
Puasa orang yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur  walau dengan segelas air kosong.

Sahur terlalu awal
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap memulau..hehehhe

Berbuka secara buffet sampai buncit
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! Kuang kuang kuang..

 Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu.Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
 http://hanifidrus.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan