KUALA LUMPUR:
Tiga buah pantai di negara ini disenaraikan sebagai antara 50 buah
pantai tercantik menurut kajiselidik yang dibuat oleh rangkaian berita
CNN mengenai 100 pantai terbaik dunia.
Pantai di Pulau Perhentian Kecil berada di kedudukan nombor 13 manakala pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang dan pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah masing-masing berada di nombor 21 dan 49.

Kajiselidik ini dibuat berdasarkan maklumbalas pelancong dan juga kajian yang dibuat terhadap pantai-pantai yang ada di seluruh dunia.
Menurut laporan CNN, "Kebanyakan pengguna kenderaan berpusu ke Pantai Cenang namun Tanjung Rhu lebih tenang, dengan persekitaran yang nyaman. Persisiran pantai yang panjang itu juga dikelilingi oleh gua batu kapur purba serta hutan bakau yang padat."
Kami sukakan
Langkawi kerana pemandangannya yang mempesonakan jika dilihat dari
puncak Gunung Mat Cincang, iaitu salah satu gunung tertinggi di pulau
itu.
Bagi Pantai Juara, Tioman, Pahang pula, komen CNN berbunyi: "Disifatkan sebagai 'kurang maju' serta 'kurang menyerlah' berbanding negara Thai, Pantai Juara di Pulau Tioman memperlihatkan suasana yang lebih 'semula jadi' dan tenang. Tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar berpesta," menurut laporan CNN.
Namun begitu, Pulau Tioman amat sesuai untuk penggemar sukan lasak seperti memanjat gunung di Gunung Nenek Semukut.
Sementara Pulau Perhentian Kecil, Terengganu, laporan CNN mengatakan,"Sebagaimana pemakan daging menyukai daging Kobe, begitulah juga Pulau Perhentian kepada penggemar pantai. Sebaik sahaja anda mengalaminya, tiada yang boleh menandinginya lagi. Kedua-dua pulau tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar."
Daya tarikan Pulau Perhentian Kecil, menurut CNN, ialah airnya yang biru yang dihuni oleh kura-kura dan ikan yu - Astro Awani

Tiada ulasan:
Catat Ulasan