Home Klik Di Bawah

Khamis, 4 Julai 2013

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak

Rasanya setiap orang tahu air masak merupakan kunci utama untuk hidup secara sihat. Minum lapan  gelas air masak setiap hari dapat mencegah kita daripada terkena penyakit.  Tapi kebiasaannya tekak kita pun boleh  jemu jika minum air masak hampir setiap masa. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Jom kita lihat antaranya:




JUS OREN
Sapa yang tak kenal air ni kan? Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.

SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.

TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
blog ammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan