1. MEKKAH
Bandar
ini menjadi tujuan utama kaum muslimin dalam menunaikan ibadah haji, Di
bandar ini terdapat sebuah bangunan utama yang bernama Masjidil Haram. Bangunan Ka'bah ini dijadikan penanda aras arah kiblat untuk ibadah solat umat Islam di seluruh dunia.
2. DUBAI
Adalah
satu dari tujuh kota yang paling ramai penduduk di Kesatuan Arab
Bersatu (UAE), Terletak di sepanjang pantai selatan Teluk Parsi di
Semenanjung Arab. Dubai terletak di Gurun Arabia. Tetapi, geografi Dubai sedikit berbeza dari bahagian selatan UAE dimana
sebahagian lanskap Dubai dipenuhi pola gurun berpasir, sementara gurun
berminyak mendominasi sebahagian besar wilayah selatan negara ini.3. FLORENCE
Adalah ibu kota wilayah Florence, Itali Tengah. Dipisahkan oleh Sungai Arno, di kaki bukit Apennine, bandar ini Berjumlah 400,000 penduduk. Merupakan
tempat kelahiran Renaissance, sejak abad ke-14 sampai 16, Florence
dikenali sebagai pusat budaya, ekonomi dan kewangan penting di Itali dan
Eropah sehingga digelar "Athens di Barat".
Florence dianggap sebagai bandar mercu kebangkitan seni budaya Itali. Karya sastera yang lahir dari sasterawan besar berasal dari Florence. Sebahagian besar orang-orang yang berperanan dalam perkembangan Renaissance seperti, Botticelli, Verrocchio, Leonardo da Vinci. Tokoh-tokoh
asal Florence lain yang berpengaruh dalam pelbagai bidang antara lain
Brunelleschi (arkitek), Donatello (pembuat patung), dan Mosaccio (pelukis). Galileo juga berasal dari Florence.4. PARIS
Paris "Modern" adalah hasil dari perancangan yang bagus di pertengahan abad ke-19. Berabad-abad dahulu
bandar ini mempunyai jalan sempit, tapi berawal tahun
1852, s Baron Haussmann meratakan seluruh daerah untuk
membuat jalan lebar yang dilengkapi dengan bangunan batu neo-klasik
bourgeoise. Sementara
bandar Paris masih mengenakan undang-undang "pelurusan" yang telah
diubah (facade bangunan diganti menurut lebar jalan) pada beberapa
pembangunan baru. Tinggi
bangunan juga ditetapkan menurut lebar jalan yang dilalui, dan kod
bangunan Paris telah mengalami pelbagai perubahan sejak pertengahan abad
ke-19 untuk pembinaan .5. BARCELONA
Sebuah
bandar di Sepanyol, Dibangunkan pada 230 SM, kota ini berperanan sebagai
galeri hidup dari seni bina dan hiasan bergaya modernis dan Art Nouveau
(Seni Baru). Kuil-kuil
dan bangunan karya arkitek Antoni Gaudí, gereja abad pertengahan, sisa
tembok Romawi dan plaza serta tempat orang berjalan-jalan-semuanya
terkesan istimewa. Luas wilayahnya adalah 100,4 km ².6. ATHENA
Bandar
ini berpenduduk sekitar 700.000 penduduk namun bila dikira dengan daerah
metropolitannya, jumlah penduduknya adalah kira-kira 3.5 juta penduduk. Athena juga menjadi pusat ekonomi, budaya, dan politik Greece. Athena
juga sering disebut sebagai asal dari peradaban barat kerana pelbagai
pencapaian kebudayaannya pada abad ke-4 dan ke-5 dan membuatnya kaya
akan berbagai bangunan, monumen, dan karya seni kuno. Salah satu yang paling terkenal adalah Akropolis yang menjadi salah satu bukti seni Yunani klasik.7. BRASILIA
Brasília adalah sebuah bandar terancang, dan dibina dalam masa 41 bulan dari 1956 hingga hari perasmiannya pada 21 April 1960. Pengkonstruksian bandar tersebut ditakbir oleh Presiden Juscelino Kubitschek. Perancang
bandar utamanya adalah Lucio Costa, arkitek utama dari kebanyakan
bangunan awam adalah Oscar Niemeyer, dan seni bina landskap adalah
Roberto Burle Marx. Bandar ini dirancang berdasarkan idea Le Corbusier.
http://zamrispoon.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan