Home Klik Di Bawah

Selasa, 30 Julai 2013

Adakah Kita Sudah Cukup Produktif?

 

Mereka ada kehidupan. Kita juga ada kehidupan. Mereka sentiasa memanfaatkan kehidupan mereka. Kita juga selalu mengisi setiap detik hidup kita dengan segala perancangan yang telah kita petakan. Tapi, cukup produktif kah diri kita ini? Produktif. Bukanlah digambarkan dengan punyai harta bertimbun-timbun yang dapat kita kumpul saban hari. Namun, produktif di sini merujuk kepada nilai dan penghargaan kita terhadap 24 jam yang dikurniakan kepada kita seharian. Yang mungkin dapat menobatkan kita menjadi seorang muslim yang produktif.




Apakah yang dikatakan dengan Muslim yang produktif itu?

Dari segi bahasa, produktif dapat diukur dengan jumlah usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk mencapai sesuatu matlamat dan dapat memberi impak yang positif terhadap diri dan orang lain. Atau, dalam erti kata lain, Muslim yang produktif adalah mereka yang dapat menyusun masa yang sibuk agar menjadi seorang yang lebih produktif dan mereka yang berusaha untuk tidak tenggelam dalam kesibukan dunianya sendiri.
Langkah-langkah persediaan ke arah ‘Productive Muslim’

1. Sediakan ‘to-do-list’ untuk hari esok.

2. Selalu buat kerja pada awal waktu.

3. Katakan tidak kepada ‘bertangguh-tangguh’.

4. Mendirikan solat istikharah sekiranya terdapat kekeliruan dalam membuat sesuatu keputusan.

5. Pupuk semangat cintakan ilmu dan suka membaca.

6. Luangkan masa untuk Allah, dan Allah akan lapangkan masa untuk kita.

7. Sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

8. Segera bertindak atas sesuatu idea yang dijana.

9. Jangan sesekali mengalah.
10. Tanamkan niat yang baik dan teruskan berusaha.

Kenapa perlu menjadi produktif?

Selaku seorang Muslim yang hidupnya perlu sentiasa bergantung dan bersandar pada Yang Maha Esa, kita memang tidak dapat menafikan kepentingannya dalam menjadi seorang yang produktif.

Alasannya adalah kerana, pertama, ianya adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Cuba kita fikir. Seandainya Rasulullah bukan seorang produktif, adakah Islam dapat kita rasai sehingga hari ini?

Kedua, jalan menuju kejayaan. Seruan menuju kejayaan ni 5 kali sehari diseru oleh para mu’azzin di seluruh dunia. Jadi, bagi menyahut seruan untuk menuju kejayaan ini, bolehlah kita amalkan langkah-langkah untuk menjadi seorang yang produktif ini. Kehidupan yang dipenuhi dengan kerja-kerja agama itu tersangat indah sebenarnya.

Ketiga, membuatkan kehidupan kita menjadi lebih bermakna. Kehidupan seorang Muslim yang produktif lebih bermakna daripada kehidupan mereka yang tidak. Contohnya, seorang yang produktif itu tidak akan mensia-siakan masa siangnya dengan tidur dan melepak. Bahkan, mereka yang produktif itu akan mengisi setiap detik kehidupan dengan perkara yang membawa mereka lagi dekat dengan Allah S.W.T. Segala kerja semestinya akan diniatkan hanya kerana Allah. Jadi, sudah tentula tidak akan melakukan perkara-perkara yang melalaikan. Betul tak? Oh, lainlah kalau melepak lillahitaala. Yalah, melepak sebab nak berdakwah. 

‘Awesome’!

Akhir kalam, jom kita sama-sama berjuang untuk menjadi Muslim yang produktif. Mulakan dengan meniatkan segala kerja kita hanya untuk Allah. InsyaAllah, pertolongan Allah sentiasa ada untuk mereka yang menolong agama Allah. ‘Sweet’kan Allah? Lagi ‘sweet’ dari si dia yang berada di ‘carta hati’ tu.

Wallahu’alam.
 ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan