Home Klik Di Bawah

Rabu, 31 Julai 2013

Aku Makhluk Yang Mudah Lupa

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua..

'KITA' adalah bangsa makhluk yang mudah sangat lupa. Siapa tadi?? Kitalah... Aku, kau, dia, saya, kamu dan kamu semua. Bukan hilang ingatan, lemah ingatan sebab banyak sangat telan semut atau memang tidak ada ingatan, tetapi pelupa. Lupa diri, lupa asal usul, lupa daratan dan sebagainya.

Antara yang paling parah dan separah-parahnya adalah lupa akan pencipta-NYA. Lupa bahawa dia akan kembali kepada-NYA. Lupa bahawa hidupnya hanyalah sementara. Lupa akan kematian. Lupa untuk bersyukur atas apa yang ada dan sebagainya.



Entahlah.. ke manakah perginya rasa malu dalam diri kita. Menumpang teduh di bumi ALLAH, tapi tidak pernah ataupun jarang sekali menadah syukur apatah lagi berzikir yakni mengingati-NYA. Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya ALLAH SWT kerana masih lagi membenarkan kita yang pelupa ini tetap tinggal di dunia ini sambil menikmati segala macam nikmat-NYA.

Adakah kita mengingati-NYA hanya dalam setahun sekali?? Seminggu sekali?? Ketika susah?? Ataupun hanya ketika menghadapi musibah???
Ya ALLAH.. apa sudah jadi pada diri ini. Bergelak tawa ketika melakukan maksiat, padahal maut bakal menjemput sebentar saja lagi. Bersusah payah dalam mengejar harta dan kesenangan dunia padahal ia akan ditinggalkan jua akhirnya.





Aku seringkali memperkatakan pada diri sendiri yang serba serbi kekurangan ini:

"Jangan jadikan diri engkau ibarat penapis. Engkau bangga kerana mampu menapis segala macam kotoran yang melalui dirimu...tetapi engkau telah lupa dan alpa untuk membersihkan dirimu sendiri...."
Jangan pernah lupa untuk menasihati, menegur serta muhasabah diri sendiri dalam pada masa kita menasihati dan menegur diri orang lain.

Jangan terlalu asyik membersihkan diri orang lain sehingga lupa untuk membersihkan diri sendiri.


p/s: aku mudah alpa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan