Home Klik Di Bawah

Ahad, 14 Julai 2013

Batu Sungai Bersinar Seperti Permukaan Bulan

Setiap orang mempunyai pengalaman bermandi manda tidak kiralah sama ada di kawasan air terjun, sungai mahupun di laut. Di Brazil, dikatakan terdapat sebuah sungai yang boleh dikunjungi oleh semua orang.

Apa yang menariknya di sini adalah, batu-batu sungai di sini mirip seperti permukaan bulan. Tidak cukup itu lagi, permukaan bati di sini juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Jom kita layan gambar di bawah ini.



Sebuah tempat tertutup dan peribadi dikawasan Taman Negara Chapda dos Veadeiros, Brazil, terdapat sebuah tempat kuno atau taman air atau kolam renang yang dicipta oleh alam. Kolam atau taman air ini biasa disebut dengan nama Vale da Lua atau Lembah Bulan, sebahagian orang mengenalinya sebagai Moon Valley. Vale da Lua terbentuk dari aliran Sungai San Miguel yang dahulunya merupakan bekas aliran lava.




Batu ini sangat unik dan menganggap batu ini seperti batu-batu yang ada di permukan bulan. Lembah Bulan (moon Valley) tidak begitu dikenal, bahkan dikalangan masyarakat Brazil sendiri.

Lembah Bulan dianggarkan terbentuk 1.8 juta tahun yang lalu. Bentuknya yang aneh, terdapat banyak gua dan lorong, menjadi daya tarik tersendiri. bahkan kalau dilihat dari atas langit batu Vale da Lua mengeluarkan cahaya. Pekara ini disebabkan batu didaerah sini banyak mengandung batu kuarza.



 
http://v12gether.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan