Home Klik Di Bawah

Jumaat, 12 Julai 2013

Cinta DiTolak

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Pernahkah kalian merasakan sakitnya perasaan apabila cinta ditolak oleh insan yang kita mula sayang? sakit dan pedihnya perasaan itu hanya mereka yang pernah lalui saja akan mengerti.

Apabila cinta telah diluah tetapi ditolak mentah-mentah tanpa diberi peluang menunjukkan diri amat menghargai si dia pasti kita akan merasa sangat malu untuk bertentang muka dengan si dia. Perasaan kecewa tak terbendung dan rasa malu bersilih ganti.

Apa yang perlu kita lakukan?




1.Berlagak biasa
-Buatlah seperti tidak berlaku apa-apa apabila bercakap dan bertemu dengan si dia. anggap perkara itu tidak berlaku dan berlagak profesional jangan sampai melibatkan emosi bila berbicara. Bendung rasa malu dengan berhemah. Jangan menampakkan diri kamu sedang kecewa dan hampa.

2.Menangislah
-andai kamu rasa hati berbuku rasa pedih menangislah sepuasnya. Mungkin itu dapat melegakan hati, selepas menangis buang jauh-jauh perasaan itu agar kamu melupakan semua kenangan pedih tersebut. Usah bazir air mata menangis buat insan yang tak menghargai kamu.

3.Cuba lupakan  dia denga banyakkan mengaji. Bila hati kamu pedih dan sedih mengajilah sebanyak mungkin. Berdoa agar Allah palingkan hati kamu dari terus mengingati dia. Banyakkan berzikir, syaitan sengaja mengusik jiwa kita semata-mata ingin menjadikan kita lemah dan lalai.

4.Ceriakan diri. Jangan fikir perkara yang menyedihkan itu. Pelbagaikan aktiviti dan cari peluang untuk melibatkan diri agar terisi masa yang ada dengan perkara yang baik.

5.Sibukkan diri mengejar peluang untuk terus maju. Tetapkan matlamat dan lupakan semua kejadian yang menimpa diri.

Bercinta itu bagus jika ia menjadikan kita insan yang lebih bersemangat memajukan diri tetapi jika ia menjadikan kita lemah dan kecewa, bersedih dan seterusnya semakin mundur ia tidak bagus untuk diri kita. Perhebatkan diri agar kita mampu jadi pencinta yang hebat suatu hari nanti.
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan