Home Klik Di Bawah

Selasa, 16 Julai 2013

Fenomena Istiwa matahari sekali lagi hari ini

Pada 28-05-2013 fenomena istiwa matahari sudah pun berlaku pada jam 5:16 petang waktu Malaysia. Kepada sahabat-handai-rakan-taulan yang tertinggal atau terlupa di sini aku mengingatkan sekali lagi istiwa matahari akan berlaku pada hari ini, 16-07-2013 pada jam 5:28 petang. Memandangkan entri aku tentang istiwa matahari tempohari ada yang salah faham ingin dijelaskan di sini Istiwa Matahari adalah fenomena dimana kedudukan matahari betul tegak di atas kaabah. Oleh itulah dianjurkan untuk kita melihat arah qiblat yang tepat dimana kita berada.  Ini bukan menentukan masuk waktu solat seperti yang kita belajar sewaktu kanak-kanak dulu yang juga menggunakan kayu tegak, kemudian melihat panjang-pendik bayang. Tetapi ini adalah MENENTUKAN ARAH QIBLAT yang betul dari bayang-bayang yang terarca.
 
 
 

Gambar ulang-tayang - Pada 28-05-2013 tempohari anakanda sulung sedang bercuti dia yang membuatnya.
Boleh gunakan apa juga alat yang lurus sebagai perkakas. Berdirikan 90 darjah dari aras lantai/tanah kemudian lihat arah bayang. Bayang itulah menunjukkan arah benar qiblat kita. Ayuh siapa yang ada peluang buatlah.
~ Biar canggih mana pun seperti kompas tapi apa salahnya mencuba yang ini kerana matahari tidak mungkin rosak berbanding kompas yang kita miliki.~~
 http://zakiepurvit.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan