Home Klik Di Bawah

Isnin, 15 Julai 2013

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan. 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan. Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang  menyatakan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.
Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan
Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..





6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan
  1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
  2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!
  3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
  4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
  5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
  6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.
 http://www.hootoh.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan