“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami, Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu, Yang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu, Yang rela syahid di jalan-Mu”
Sebagaimana sebuah pesan yang indah :
“Mana lelaki baik yang kamu tunggu-tunggu itu?
Yang menutup pendengarannya dari hal-hal yang haram,
yang menundukkan pandangannya dan yang mencari wanita yang baik,
melalui jalan yang digariskan?
Lelaki itu namanya tidak tercatat dalam ingatanmu,
Juga tidak alamat,atau nombor telefonnya.
Ia hanyalah deretan sifat-sifat yang jika terdapat pada seorang lelaki yang melamarmu,
Maka dialah calon suamimu..
Cinta seorang muslimah mahal harganya
Hanya akan dilabuhkan cinta pada seseorang yang diredhai Allah SWT,
Hanya boleh dibeli dengan sebuah mitsaqan ghalizan
Hanya dengan akad nikah yang indah
Yang disaksikan oleh Allah SWT dan malaikat-malaikat-Nya, keluarga, dan sahabat
Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki.. Suami.
Suami adalah anugerah dari Allah SWT untuk meraih syurga-Nya
Seorang wanita boleh memasuki pintu surga,
Melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya,
Cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :
Solat 5 waktu, puasa di Bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya
Mengharungi bahtera keluarga dengan doa,
“Ya Allah.. Engkau jadikanlah rumah tangga, syurga sebelum syurgapakar cinta.com
Tuhan.. jadikanlah rumahku masjid-Mu untuk mengingati-Mu,
Sumber ilham dan ilmu.. Sumber ketenangan
“Ya Allah.. Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku”
Amiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan