Home Klik Di Bawah

Selasa, 30 Julai 2013

Meriam Talang - Tradisi Menyambut Hari Raya Orang Kuala Kangsar Yang Awesome!

Fuh! Macam best je!

Meriam Talang merupakan meriam yang dimainkan oleh orang Kampung Talang di Kuala Kangsar, Perak. Meriam ini sangat unik kerana ia merupakan meriam yang dibuat daripada besi yang menggantikan buluh kerana buluh dikatakan sangat tidak selamat. Oleh kerana ia dibuat dari besi, bunyinya lebih kuat berbanding meriam buluh biasa. Yang lebih uniknya, mereka bermain dengan menggunakan meriam yang banyak dan disusun mengikut formasi seperti situasi ketika berperang. Setiap pasukan meriam mempunya “komander” untuk mengawal setiap pengendali meriam. Setiap meriam ini dinamakan dengan nama kereta buatan malaysia dan mereka menggunakan berkilo 'Karbaid' setiap kali mengisi kelongsong meriam. Aktiviti bermain meriam Talang ini hanya dilakukan semasa Hari Raya sahaja. Tujuan utama mereka adalah untuk melawan kampung sebelah yang hanya menggunakan meriam buluh. Seems meriah kan duduk kampung sambil lawan bunyi meriam. Orang bandar mana main benda ni. ya dak?
 

meriam talang 1
MERIAM TALANG 2
meriam talang 3
meriam talang 4
meriam talang 5

meriam talang 6
meriam talang 7
meriam talang 8
meriam talang 9
meriam talang 10
meriam talang 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan