Ketika menulis entri ini, saya teringat reaksi seorang sepupu berusia
dua tahun setiap kali ibu saudara saya membawanya ke salon bagi memotong
rambut. Setiap kali tukang gunting rambut mula memotong rambut, setiap
kali itulah dia akan menangis dan meronta-ronta tidak mahu dipotong
rambut. Ternyata situai ini bukan sahaja berlaku pada sepupu saya, malah
ia juga berlaku pada kanak-kanak lain. Tidak pasti kenapa ramai
kanak-kanak takut potong rambut. Tapi yang pasti, reaksi mereka nampak
comel dan juga kelakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan