Home Klik Di Bawah

Ahad, 21 Julai 2013

RENUNGAN: MANA SATU YANG LEBIH PENTING??

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
renungan hari ini
Orang kata, wang ringgit dan kemewahan lebih penting daripada segala-galanya.

Namun, apalah ertinya kemewahan tersebut jika tidak mempunyai jasad yang sihat. Kita sering lihat ramai di antara manusia yang sanggup mengorbankan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk menjadi sihat. Sanggup keluarkan banyak wang untuk sembuh daripada penyakit-penyakit yang merbahaya dan kritikal seperti kanser, sakit jantung, dan sebagainya. Apalah ertinya mempunyai duit yang banyak tapi tak boleh nak makan banyak sebab takut kencing manis, darah tinggi dan takut diserang sakit jantung dan juga strok. Jadi, sesetengah orang berpendapat, kesihatan tubuh badan lebih penting daripada harta kekayaan…

Namun, apalah juga ertinya dengan kesihatan yang sempurna dan sihat walafiat. Tetapi kehilangan anggota badan seperti tangan, kaki, mata dan sebagainya. Tak boleh berjalan sebab kaki kudung atau tak boleh nak main golf sebab tangan kudung. Banyak duit dan banyak harta. Tubuh badan sihat serta tidak mempunyai penyakit yang kronik. Tapi sayangnya tiada kaki, tiada tangan atau cacat anggota yang lainnya. Atau seorang yang kaya dan sihat sejahtera tapi tak boleh melihat sebab buta….apalah ertinya jika begitu?? Oleh sebab itulah, ada sesetengah orang berpendapat, anggota badan itu lebih penting daripada badan yang sihat...

Namun, apalah juga gunanya mempunyai harta yang banyak, kesihatan yang bagus dan tubuh badan sempurna tanpa cacat cela, tapi jasad tadi tidak bernyawa? Justeru, ada sesetengah orang berpendapat bahawa nyawa lebih penting daripada segala-galanya. Orang akan sanggup potong tangan untuk menyelamatkan nyawanya, orang sanggup potong kaki untuk menyelamatkan nyawanya, orang sanggup buta mata untuk menyelamatkan nyawanya. Contohnya; seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis, apabila doktor hendak memotong kaki atau tangannya kerana dikhuatiri mengancam nyawanya, pasti dia akan sanggup kehilangan anggota badannya demi kepentingan nyawanya. Sebab itu ada sesetengah orang yang lainnya berpendapat bahawa nyawa lebih penting daripada harta, kesihatan, anggota badan yang cantik dan sempurna…

Namun, apalah ertinya harta yang banyak, kesihatan yang baik, anggota badan yang sempurna, cantik, hensem, owsem dan mables tetapi tidak ada iman dalam hatinya?? Apalah ertinya hidup yang senang-lenang selama 60/70 bahkan 100 tahun tapi diseksa selama-lamanya dengan azab yang pedih dalam Neraka ALLAH tanpa penghujungnya?? Berbaloikah semua itu…?? Berbaloikah?? Berbanding dengan seseorang yang tidak ada harta benda, mempunyai rupa paras yang hodoh atau cacat anggota badan, tapi ada iman dalam hatinya. Kesengsaraan di dunia yang dilalui hanya mengambil masa 60/70 tahun sahaja. Namun, kebahagiaan yang kekal abadi sedang menanti di Syurga ALLAH….
Oleh kerana itu, bagi sesetengah orang.. IMAN jaaaauuuuhhhh lebih penting daripada segala-galanya...
Wallahu 'alam.
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan