Home Klik Di Bawah

Selasa, 30 Julai 2013

Resepi - Makaroni Ayam Berkuah

resepi berbuka puasa, resepi, resepi makaroni,resepi makaroni bersama ayam,resepi makaroni ayam berkuah 
Dah hari ke 21 kita berposa... pening juga untuk masak apa petang..... jalan-jalan dapatt resepi.... sesuai untuk berbuka ataupun berahur nanti 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 250gm pasta makaroni | direbus & ditos
  • 5 paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • ½ biji bawang besar | dipotong kiub
  • 50 gm lobak merah | dipotong kiub
  • 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
  • 2 biji tomato | dipotong kiub
  • 50 gm batang seleri | dicincang halus
  • 50gm batang leek | dihiris halus
  • 50gm kacang pis
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu teh 'mix herbs'
  • Air secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah, ubi kentang, tomato, seleri, leek dan kacang pis sehingga garing.
2. Masukkan tomato puri, 'mix herb' dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan paha ayam, masak hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, barulah dimasukkan makaroni, garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kacau sebati dan biarkan masak seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan
 http://cyanxkamo.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan