Home Klik Di Bawah

Sabtu, 20 Julai 2013

Sempadan Antarabangsa Yang Unik Dan Aneh

1. Pulau Diomede
Diomedes adalah sepasang pulau di Selat Bering. Little Diomede yang mempunyai kota Diomede, dengan populasi 146 orang milik Amerika. Manakala Big Diomede milik adalah Russia dan tak berpenghuni. Dua pulau hanya berjarak 2.5 batu (empat kilometer). 

International Date Line berada di antara Diomedes dan berfungsi juga sebagai sempadan antara US dan Rusia. Oleh itu, ketika warga di Little Diomede melihat ke seberang selat di Big Diomede, mereka tidak hanya melihat negara lain tetapi mereka juga akan melihat hari esok.
Jika di Little Diomede adalah hari Sabtu jam 9 am, waktu di big Diomede pukul 6 am hari Ahad.




2. Tumen River
 
Tumen adalah sebuah sungai di timur laut Asia. Ianya merupakan sempadan antara 3 negara, iaitu Russia, Korea Utara dan China. Jika anda berada di Korea Utara, anda boleh berjalan kaki melalui China dan berakhir di Russia. Kawasan sempadan ini dikawal ketat oleh Tentera Korea Utara kerana selalu dijadikan laluan untuk melintasi sempadan secara haram.

3. Korean Demilitarized Zone (Korean DMZ)

Korean DMZ adalah sebidang tanah sekitar 160 batu (258 km) panjang dan 2.5 batu (4 km) lebar, yang memisahkan Utara dan Selatan Korea. Ini adalah sempadan yang paling banyak anggota tentera berkawal di dunia.

4. Cooch-Behar District


Daerah Cooch Behar mempunyai sempadan agak mirip dengan sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog. Terdapat perkara di bawah bidang kuasa Bangladesh yang terletak di India, dan sebaliknya.

5. Derby Line, Vermont

Sempadan US-Canada melewati kota ini, bahkan melalui beberapa bangunan dan rumah.
Dalam beberapa kes, sebuah keluarga memasak sarapan pagi di kanada dan memakannya di US. Derby Line juga melalui bangunan Haskell Free Library dan Opera House, yang sengaja dibangun di atas sempadan. Panggung opera berada di Kanada, tetapi pintu masuk ke opera, dan sebagian besar tempat duduk panggung berada di Amerika Syarikat. Oleh itu, gedung yang berada di atas sempadan ini memiliki 2 alamat post, iaitu satu untuk US dan satu untuk Kanada.

6. District of Columbia


7. Gunung Everest


Gunung Everest merupakan sempadan antara China dan Nepal. Sempadannya terletak di tengah-tengah gunung termasuklah puncaknya. Juga merupakan sempadan antara negara yang tertinggi di dunia.

8. Bir Tawil


Sempadan antara Mesir dan Sudan. Bir Tawil merupakan sebuah kawasan yang tidak dituntut oleh mana-mana negara, satu-satunya kawasan yang berada di luar antartika yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara.

9. Sempadan
Baarle-Nassau/Baarle-Hertog 


Sempadan antara Belanda dan Belgium. Membahagikan dua daerah yang sama, Baarle kepada dua negara. Persempadanannya sangat rumit sehingga ada rumah yang dibina di dua negara berbeza.

10. Sempadan Sepanyol-Maghribi


Ceuta seluas 18.5 km persegi merupakan bandar autonomi di Sepanyol dan eksklave, terletak di pantai utara Afrika Utara, dikelilingi oleh Maghribi. Dipisahkan dari semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar. Ceuta terletak di sempadan Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik.
 
Maghribi menuntut Ceuta, bersama dengan kota autonomi di Sepanyol Melilla, dan beberapa buah pulau Mediterranean yang sempadan itu, yang telah menyebabkan Sepanyol mendirikan pagar berketinggian 3 meter dengan kawat berduri di sempadan tersebut.
 http://blogsanasini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan