Home Klik Di Bawah

Jumaat, 16 Ogos 2013

6 Fakta Palsu Tentang Makanan

Ramai manusia inginkan badan yang sihat dan ideal. Namun tahukah anda amalan pemakanan yang kita sangka 'sihat' selama ini tidak semestinya membantu kita dalam mencapai misi kesihatan yang optimun. Lihat sahaja zaman sekarang pelbagai tips pemakananan dan keadah diet yang 'betul' memenuhi dada akhbar, majalah dan media elektronik. Persoalannya adakah ia berguna kepada kita? Ataupun tips tersebut hanya sekadar diguna-pakai oleh sesetengah pihak?



Palsu - Coklat tidak membantu masalah kitar haid
 
SEBENARNYA - Coklat memang membantu wanita yang mempunyai simptom PMS kerana kajian membuktikan perasaan marah, sedih dan emosi terganggu dapat dikurangkan dengan coklat kerana kandungan serotonin yang berupaya mengubahmood seseorang. Selain itu coklat juga mengandungi mineral iaitu magnesium di mana ia penting sewaktu haid.



Palsu - Manusia memerlukan 8 gelas air sehari
SEBENARNYA - Manusia hanya memerlukan satu liter air dalam badan untuk kekal segar. Apa yang perlu kita tekankan ialah bagaimana memastikan diri kita sentiasa cukup dengan air dan bukannya menjadikan 8 gelas sebagai perkara yang wajib. Cecair dalam badan akan berkurang mengikut rutin dan cara hidup kita. Jika anda rajin bersukan maka anda haruslah menggantikan cecair yang terkumuh dengan minum air yang lebih. Kajian membuktikan walaupun seseorang itu terlupa untuk minum air selama sehari keadaannya akan tetap normal melainkan ia mempunyai masalah yang lain.



Palsu - Makanan manis buat kanak-kanak Hyper Active
SEBENARNYA - Fenomena yang sering dilihat oleh ibu-bapa adalah setelah memberi manisan kepada anaknya, 15 minit kemudian si kecil tadi menjadi sangat aktif. Ia sememangnya nampak seperti masuk akal. Namun kajian oleh Warner, seorang pakar pemakanan membuktikan bahawa manisan tidak langsung mempunyai kaitan biologi dengan kelakuan kanak-kanak. Kelakuan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling ataupun suasana dan perasaannya. Bukannya kerana manisan tetapi kerana mendapat manisan.



Palsu - Makanan organik lebih berkhasiat
 
SEBENARNYA - Telur organik, kacang organik dan ayam organik sememangnya menjadi pilihan sesetengah masyarakat yang prihatin dengan khasiat. Namun makanan organik adalah sangat mahal di pasaran. Satu kajian yang dibuat oleh Stanford University, tidak kira bagaimana caranya binatang atau tumbuhan itu dibesarkan, kandungan mineral dan vitaminnya adalah tetap sama. Yang berubah hanya sebilangan kecil produk tenusu seperti yogurt dan keju itupun hanya peningkatan daripada omega 3. Hanya satu kelebihannya iaitu kita tidak akan menghadam racun serangga dan anti bakteria yang digunakan.



Palsu - Makan tengah malam menggemukkan
 
SEBENARNYA - Kajian daripada Arkansas University membuktikan bahawa obesiti bukan berpunca daripada tenaga yang tidak digunakan kemudian bertukar menjadi lemak. Proses pencernaan mengambil masa yang lama dan ia mengikut aktiviti harian kita. Ramai yang berpendapat sewaktu kita tidur kita akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak. Sebenarnya metabolisma badan kita tidak pernah berhenti. Ia hanya menjadi perlahan sewaktu tidur untuk mengelakkan tenaga yang berlebihan. Kita menjadi gemuk bukan kerana waktu makan tetapi kuantiti kalori yang kita ambil tidak kira ianya pada waktu siang ataupun malam.



Palsu - Telur sebabkan sakit jantung
 
SEBENARNYA - Ramai yang berpendapat kolestrol dalam telur menyebabkan saluran jantung tersumbat dan punca kepada sakit jantung. Tahukah anda 75% kolestrol adalah dihasilkan oleh hati sendiri untuk memproses makanan lemak tepu dan bukannya makanan yang ada kolestrol? Mengikut kajian pakar kolestol dalam telur tiada kaitan dengan penyakit jantung malah pesakit yang tinggi kolestrol juga diberikan telur beberapa biji seminggu kerana khasiat telur adalah menguatkan sel dan juga penyumbang vitamin D.
 
 http://v12gether.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan