Innaa Lillaahi wa Innaa
Ilaihi Raji'un . Lebih 8.5 juta masyarakat Afrika masuk Islam di
tangannya dengan izin Allah, Dr. Abdur Rahman as-Sumayt meninggalkan
dunia dengan amal jariah yang pahalanya terus mengalir InsyaAllah. Wafat
pada hari khamis 15/08/2013.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Mungkin, banyak di antara kita yang tidak mengenali beliau. Berikut riwayat singkat tentang da'i besar ini .
***
8.5 Juta Nasrani masuk islam di Tangannya
Lelaki dalam foto ini
mengidap diabetes sejak lama dan telah tiga kali diserang trombosit (
pembuluh darah tersumbat) di kepala dan hatinya. Dalam keadaan seperti
ini, orang biasa seperti kita mungkin sudah putus asa, atau paling tidak
pun akan melemahkansemangat hidup, atau keinginan berkarya.
Tapi tidak dengan
beliau. Dengan keadaan seperti ini dia telah menghabiskan 30 tahun dari
umurnya mengembara di Afrika, berdakwah dan melebarkan keagungan islam.
Beliau adalah Syekh Dr. Abdur Rahman as-Sumayt.
Tokoh yang berasal dari
Kuwait ini telah mengislamkan 5 juta kaum nashrani Afrika selama 30
tahun dakwahnya. Pahala amal baik dan ibadah ke-5 juta orang ini akan
mengalir kepada beliau selama hidupnya dan setelah dia wafat,
InsyaAllah. Bayangkan bila setiap satu keluarga dari mereka memilki dua
atau tiga anak, berapa banyak pahala yang akan dilimpahkan kepada da'i
yang telah menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di Benua Afrika
ini .
Kejadian yang sangat
mengharukan dan acap kali membuat beliau berlinang air mata, adalah
ketika dia menyaksikan sekumpulan orang dari negeri sahabat Bilal bin
Rabah ini menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan berucap: " Asyhadu
Allaa Ilaaha Illallaah ... Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasuulullaah ".
Kemudian mereka menangis
tersedu-sedu, ditambah dengan mengingati ayah ibu mereka mati dalam
kekafiran. Ramai dari mereka berkata: "Di mana kalian wahai kaum
muslimin ? mengapa baru sekarang kalian datang? "
Sudah sering kali beliau
menghadapi ancaman pembunuhan oleh beberapa militan kafir dan kerap
juga beliau diserang oleh ular tedung.
Beliau bercerita : "Saya
pernah memandu kereta bersendirian ratusan kilometer menuju sebuah
kampung di pedalaman Afrika. Di tengah jalan kereta mengalami kerosakan
dan saya terpaksa berjalan kaki sehingga selipar saya putus. Pada saat
yang sama saya melihat seorang mubaligh terbang dengan helikopter di
atas saya. "
Tapi sesungguh Allah itu Maha Adil:
"Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang -orang yang
beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi- saksi (
hari kiamat)" . ( QS. Al-Mukmin/Ghafir : 51)
Dalam satu temu bual di
televisyen Kuwait dia bercerita : "Pada suatu masa yang lalu ketika saya
berdakwah di Afrika, hanya dalam beberapa hari sudah ratusan orang
masuk islam. Kemudian seorang mubaligh Katholik datang kepada saya dan
berkata dengan penuh tanda tanya: ' Aku dan bapakku lahir di sini, dan
datuk saya telah tiba di sini kira-kira seratus tahun yang lalu untuk
melaksanakan misi kristianisasi tapi hanya sedikit yang berjaya kami
kristiankan. Sedangkan kalian hanya dalam beberapa hari berada di sini
telah berjaya mengislamkan ratusan orang? ' "
Subhanallah .. , ini kerana Islam adalah fitrah setiap manusia.
Dr. Abdur Rahman
as-Sumayt juga menubuhkan Yayasan Al- 'Aun Al - Mubasyir yang berpusat
di Kuwait. Yayasan ini sudah mencapai pelbagai prestasi dalam bidang
dakwah dan kemanusiaan, di antaranya:
1. Mencetak 3288 Da'i , majoriti dari mereka adalah yang masuk islam di tangan beliau .
2. Membina 1200 masjid .
3. Membantu 9500 anak yatim.
4. Membuat 2750 paip air dari punca bawah tanah.
5. Sumbangan berupa 160 tan bahan makanan, pakaian, dan ubat- ubatan.
6. Membahagikan 51 juta mushaf Al -Qur'an.
7. Membina 102 Islamic center.
8. Mengadakan 1450 daurah dan bimbingan kegamaan .
9. Pendidikan untuk 95000 anak muslim yang miskin.
10. Mendirikan 200 pusat latihan kemahiran sekaligus membuka peluang pekerjaan bagi wanita muslimah.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan