Home Klik Di Bawah

Ahad, 18 Ogos 2013

BiNa KeHiDuPaN AnDa Dengan Memberi

Gambar hiasan
Insan berada di dunia ini bukan semata-mata untuk hidup bahkan setiap insan itu dituntut untuk membina kehidupan..

Hidup dan kehidupan itu sesuatu yang berbeza..
 
Hidup ialah bila insan itu dapat menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makan,pakai, dan tempat tinggal..
 
Adapun kehidupan ia suatu perkara yang lebih besar dari hidup..Kehidupan itu adalah bila mana adanya kasih sayang,belas kasihan,persaudaraan dan kemesraan yang mana semua ini adalah lebih bermakna dari sekadar hidup..

Kita analogikan antara membina hidup dengan membina kehidupan ibarat antara membina rumah dengan membina rumah tangga..

Membina rumah adalah dengan kayu,paku batu dan simen..
Tetapi rumah tangga tidak dibina dengan kayu,paku batu dan simen
Ia dibina dengan kasih sayang..

Sebab itulah untuk menyatukan kayu dengan kayu kita menggunakan paku..
Untuk menyatukan batu dengan batu kita gunakan simen..

Untuk menyatukan hati dengan hati kita gunakan kasih sayang..

Soalnya sekarang bagaimana mahu membina kahidupan bukan sekadar untuk hidup?
Ungkapan yang masyhur:”Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”

Sebab itulah dalam hidup ini kita kena banyak memberi kerana dengan memberi barulah kita membina kehidupan..

Kalau dalam hidup ini kita ini kita cuma fikirkan”How to get”bukan”How to give” maka jadilah kita seperti hidup hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mana mereka hanya ada hidup tetapi mereka tidak membina kehidupan.

Sebagai contoh bagaimana membina kehidupan dengan sikap memberi,adalah kasih sayang..Insan mana yang tidak memerlukan kasih sayang?

Semua yang bergelar insan pasti inginkan kasih sayang,bahkan kehausan insan untuk mendapatkan kasih sayang berada diparas yang sangat tinggi..

Insan itu hendakkan dirinya dihargai dan diberi perhatian..Tetapi mengapa tidak ramai insan yang mendapat kasih sayang?Kenapa kasih sayang semakin pupus dan tandus di dalam kehidupan insan di dunia ini?jawabnya adalah kerana insan itu tidak melakukan hukum untuk beroleh kasih sayang itu..
 
Kasih sayang hanya akan dapat dimiliki apabila kita memberi terlebih dahulu..Bila kita memberi kasih sayang barulah kita akan mendapat kasih sayang…Itulah hukumnya..

Masalahnya sekarang insan terlalu bakhil untuk memberi..Masing-masing hanya mahu mendapatkannya,sebagai contoh seorang suami yang dalam perjalanan pulang dari kerja membayangkan bila dia sampai di rumah nanti isteri akan sambutnya sambil tersenyum menyapanya dimuka pintu..Begitulah juga dengan si isteri dirumah mengharapkan bila si suami sampai nanti suaminya akan menyapanya dengan kata-kata kasih sayang..Ketika mereka bertemu di muka pintu rumah masing-masing menunggu seperti yang diharapkan..seperti yang dikhayalkan..
 
Bila saling menunggu siapa yang akan memulai memberi kasih sayang akhirnya dua-dua tidak mendapat kasih sayang..

Orang yang dahulu memberi kasih sayang, sebenarnya dialah yang dahulu  akan mendapat manfaatnya dari yang menerima..

Tangan yang menghulur bunga mawar pasti tangan itu berbau harum..Ketika kita memberi kebaikan kepada orang lain, sebelum orang itu merasai kebaikan yang kita berikan kepada dia, kita dahulu akan merasai kebaikan itu dan ia akan mewarnai kehidupan kita..

Ceriakanlah hidup kita dengan sikap memberi kerana dengan memberi akan menyebabkan kita akan mendapat lagi banyak menerima..”when you give,you get back”..

Rasulullah SAW bersabda:
 
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR.Ahmad,Thabrani, Daruqutni.Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
http://mindakini.com/bina-kehidupan-anda-dengan-memberi/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan