Home Klik Di Bawah

Jumaat, 16 Ogos 2013

Cinta Adalah Semangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cinta adalah semangat. Itu pendapat Kasih Suci dalam mentafsirkan cinta. Cuba kita lihat walau berapa usia insan yang sedang dilamun cinta sama ada mereka tua atau remaja. Bila mereka bercinta mereka akan lebih semangat dalam meniti perjalanan hidup.

Itulah kebaikan yang kita perlu ambil apabila bercinta. Cinta tidak membuatkan kita lemah. Cinta adalah satu perasaan bahagia dan ingin membahagiakan pasangan. Cinta membuat kita bersemangat untuk terus maju dan berjaya demi insan tercinta.
 


Cinta buat kita bersemangat untuk ke sekolah sebab nak jumpa si dia, cinta buat kita bersemangat nak ke tempat kerja untuk bersua muka dengan dia. Cinta buat kita bersemangat untuk berjaya untuk hidup senang bersama di yang dicinta. Cinta buat kita berjuang untuk terus hidup menentang penyakit untuk kekal bahagia bersama si dia.

Nampak tak betapa sucinya perasaan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan jadikan cinta satu alasan untuk jadi lemah. Sesuatu yang hina adalah berlandaskan nafsu, ia bukan cinta tapi nafsu. Cinta adalah semangat dan perjuangan!

Selagi cinta kita terhadap Allah diutamakan pasti kita akan bahagia, insyaAllah
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan