Home Klik Di Bawah

Rabu, 7 Ogos 2013

Fenomena Hujan Meteor 10 -30 Ogos



Perseid adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Perseid dikenali sebegitu kerana punca dari mana ia kelihatan berasal, atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan Perseus. Namanya diambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus. 
Hujan Meteor
Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbid komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada jisim yang dirembes oleh komet ketika ia mengembara pada orbit selama 130-tahun. 
 
Kebanyakan dari debu dalam awan tersebut hari ini berusia sekitar seribu tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.Kadar jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi berbanding bahagian aliran lebih lama.
 
Hujan meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah 60 atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. 
 
Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa. Pada tahun 2009, Kadar Kemuncak Sejam ("Zenithal Hourly Rate") adalah 173, tetapi cahaya meteor yang lebih malap dilunturkan oleh sinar cahaya bulan purnama.
 

 
 v12gether.blogspot.com

1 ulasan: