Pada 12 dan 13 Ogos yang lepas, berlaku satu fenomena pancuran meteor
yang dapat dilihat dengan mata kasar diberi nama hujan meteor Perseid. Pancuran
meteor Perseid lebih menarik berbanding pancuran meteor lain kerana
kadar peratusan yang tinggi ia akan menghasilkan pancuran yang terang
dengan bilangan meteor yang banyak pada setiap tahun. Ramai peminat
astronomi berkumpul dan menunggu untuk melihat fenomena ini sendiri.
Kami juga menunggu tapi malangnya kami tidak nampak hujan meteor
berkenaan di kawasan kami kerana awan tebal dan juga hujan lebat pada
malam berkenaan. Post kali ini kami nak kongsikan kepada anda gambar
yang diambil semasa fenomena pancuran meteor Perseid tempoh hari. Semoga
terhibur.
Macam mana cool kan? Kami masih lagi tak dapat jumpa gambar pancuran
meteor yang diambil di Malaysia. Mungkin kerana banyak tempat yang yang
mempunyai awan tebal serta hujan lebat.
cisdel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan