KEINDAHAN ISLAM: 18 Larangan yang Ditegah:
Di antara
keindahan Islam adalah larangan-larangan yang memperingatkan seorang
muslim agar tidak terjerumus ke dalam keburukan dan ancaman keras atas
akibat buruk dari perbuatan tercela itu. Di antara larangan Islam itu
adalah:
1. Islam melarang syirik, yaitu menyekutukan Allah Azza wa Jalla dengan sesuatu. Allah Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّ
اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ
لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا
عَظِيمًا
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik),
dan Allah mengampuni (dosa) selainnya bagi siapa yang Dia kehendaki.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat
dosa yang besar.” [An-Nisaa': 48]
2. Islam melarang kekafiran, kefasikan, kedurhakaan dan menuruti keinginan hawa nafsu.
3. Islam melarang bid’ah (mengadakan sesuatu ibadah yang baru dalam agama).
4. Islam
melarang riba dan makan harta riba. Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat
orang yang makan riba, wakilnya, saksi dan penulisnya.
5. Islam melarang sifat takabur, dengki, ujub (bangga diri), hasad, mencela, memaki orang lain dan mengganggu jiran tetangga.
6. Islam
melarang perbuatan mengumpat (ghibah), iaitu membicarakan keburukan
orang lain dan mengadu domba (namimah), iaitu provokasi di antara sesama
untuk menimbulkan kerosakan dan permusuhan.
7. Islam
melarang banyak berkata-kata yang tidak berguna, menyebarluaskan rahsia
orang lain, memperolok-olok dan menganggap remeh orang lain.
8. Islam
juga melarang mencaci-maki, mengutuk, mencela dan ungkapan-ungkapan
buruk dan memanggil orang lain dengan panggilan-panggilan buruk.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا
اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا
يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا
نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا
تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ
الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ
هُمُ الظَّالِمُونَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا
مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا
يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ
أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
“Sesungguhnya
orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu
mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum
mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang
diperolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan
jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana)
boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olok) lebih baik dari wanita
(yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan
janganlah kamu saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.
Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk (fasiq) sesudah
beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah
kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah
dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebahagian kamu mengata (buruk) sebahagian yang lain. Apakah ada di
antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [Al-Hujuraat: 10-12]
9. Islam
melarang kita dari banyak berdebat, bertengkar, percandaan hina yang
dapat membawa kepada kejahatan dan meremehkan orang lain.
10. Islam
melarang pengkhianatan, perbuatan makar, ingkar janji dan fitnah yang
dapat menyebabkan orang lain berada dalam ketidakpastian.
11. Islam
melarang seorang anak derhaka kepada kedua orang tua dan memutus
hubungan silaturahim dengan sanak kerabat keluarga terdekat.
12. Islam melarang berburuk sangka, mengintai perihal orang lain dan mencari-cari kesalahan orang lain.
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Wahai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka,
sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mencaci
sebahagian yang lain...” [Al-Hujuraat: 12]
13. Islam
melarang membuat tato, mengerik bulu wajah, mencukur alis, menyambung
rambut (sanggul) dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لَعَنَ
اللهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ
وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، اَلْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ.
“Allah
melaknat wanita yang bertato, wanita yang meminta ditato, wanita yang
mengerik bulu wajah, wanita yang mencukur bulu alis matanya dan wanita
yang mengikir giginya agar tampak cantik, mereka telah mengubah ciptaan
Allah.” [5]
Dalam
riwayat lain, Rasulullah Saallallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita
yang menyambung rambut dan meminta disambung rambutnya. [6]
Rasulullah
Shallallahu a'alaihi wa sallam mengancam dengan masuk Neraka bagi wanita
yang tidak berpakaian muslimah (berjilbab yang menutupi aurat),
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
صِنْفَانِ
مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ، يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ
عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ
الْمَائِلَةِ، لاَيَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ
رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.
“Ada dua golongan penduduk Neraka, yang belum pernah aku lihat keduanya, iaitu
suatu kaum yang memegang cemeti seperti ekor sapi untuk mencambuk
manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, ia berjalan
berlenggak-lenggok dan kepalanya dicondongkan seperti punuk unta yang
condong. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium aroma
Syurga, padahal sesungguhnya aroma Syurga dapat tercium sejauh
perjalanan begini dan begini.” [7]
Syarat jilbab wanita muslimah yang sempurna:
a. Menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan dua telapak tangan.
b. Kainnya tebal, tidak tipis atau transparen.
c. Harus longgar, tidak ketat.
d. Tidak memakai wangi-wangian (parfum).
e. Tidak menyerupai pakaian laki-laki.
f. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.[8]
14. Islam melarang minuman keras (khamr), mengkonsumsi atau memperjualbelikan narkoba dan melarang perjudian.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ
وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن
يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ
فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
“Wahai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamr (minuman keras), berjudi,
(berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
(per-buatan-perbuatan itu) agar kamu beruntung. Dengan minuman keras dan
judi itu syaitan bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian
di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan
melaksanakan solat, maka tidakkah kamu mau berhenti?” [Al-Maa-idah:
90-91]
15. Islam
melarang promosi palsu dan dusta, curang dalam takaran dan timbangan.
Menggunakan harta kekayaan dalam hal yang diharamkan.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
“Celakalah
bagi orang-orang yang curang. (iaitu) orang-orang yang apabila menerima
takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka
menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka mengurangi.”
[Al-Muthaffifin: 1-3]
16. Islam
melarang perbuatan saling menjauhi antara satu sama lain, saling
bermusuhan, acuh tak acuh dan melarang seorang muslim tidak menegur
saudaranya sesama muslim lebih dari tiga hari.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ
يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ:
يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي
يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ.
“Tidak halal
bagi seorang muslim untuk membiarkan saudaranya lebih dari tiga hari,
keduanya bertemu tetapi saling memalingkan muka. Dan yang terbaik dari
keduanya adalah yang memulai mengucapkan salam.” [9]
17. Islam
melarang onani, perzinaan, homoseks, lesbian dan membunuh jiwa yang
diharamkan Allah Azza wa Jalla. Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَىٰ
وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
“Dan
orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri
mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka (dalam
hal ini) tiada tercela. Tetapi barangsiapa mencari yang disebalik (zina
dan sebagainya) itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui
batas.” [Mukminun: 5-7]
18. Islam
melarang kita menerima wang sogokan (rahsuah) atau menyuap orang lain.
Dalam sebuah hadis dari ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhuma :
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِى وَالْمُرْتَشِى.
“Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam melaknat orang yang menyuap dan orang yang menerima suap.” [10]
Orang yang
menyuap dan yang disuap hukumnya sama bagi keduanya, iaitu berdosa. Suap
menyuap hukumnya haram, meskipun mereka memakai istilah “hadiah”, “wang
jasa”, “wang damai”, dan lainnya.
Demikianlah ulasan singkat tentang 18 larangan Islam yang menunjukkan kebenaran dan keindahannya.
Sumber: almanhaj.or.id
http://suaraislamik.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan