Anda
yang membaca ni pasti ramai kenalan Kelantan ataupun yang membaca ni
memang orang Kelantan huhu. Ramai yang kata perempuan yg berasal dari
Kelantan ni comel-comel dan bijak-bijak belaka. Bukan lah aku nak puji
lebih-lebih sangat sebab aku pun orang pure negeri Pahang.
Jika
anda pergi ke Universiti kat seluruh Malaysia ni, pasti majority ialah
orang Kelantan. Dekat mana-mana tempat pun ade belaka orang Kelantan
dengan identity dan sumbangan mereka dan salah satu makanan popular
mereka adalah budu.
Dah
menjadi satu lumrah, rakyat kelantan sangat popular dengan hidangan
yang sentiasa popular ini walaupun dimana mereka berada.Walaupun mereke
duduk di ceruk mahupun pelosok dunia mana pon, budu tidak akan
ditinggalkan begitu sahaja. Andai balik ke kampung halaman, mereka akan
order 1 atau 2 dozen budu untuk dijadikan bekalan di tempat orang.
begitulah kebiasaan yang kita dengar bahawa orang kelantan tidak boleh
berpisah dengan budu mereka.
Almaklomla
anak klantan yang nun jauh merantau di negeri seberang mahupun nun di
kuale lumpor sane susah nak carik stok budu. huhuhu. Namun ade jugak
segelintir orang kelantan xsuke dengan budu, kononnye la. Yela dia cakap
makanan orang kampung la, nanti naik jerawat la,.. macam2 la. Yeke?ala
kalau dah name orang klantan tu, mesti kecik2 buat kuah dengan budu je.
Bile besar2 nie jer, pandai cakap xnak makan budu sbb takut naik jerawat
la dan segala macam bagai lagi naik.
Budu
merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan
bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.Budu atau sos bilis
yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat
perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.Penemuan baru-baru
ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan
antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser.Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama
ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan
pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea
kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.Pemakanan budu
turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan
stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut
bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada
budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut
lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang
paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).Secara saintifik, budu
merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit
anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar
vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per
100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa
khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal
kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro
dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium
adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.
Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti
halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi
pembentukan radikal bebas.
Radikal
bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih
elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.Radikal
bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari
reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu
akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam
apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu
daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur
ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon)
yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon
dalam ikan-ikan lain.
Penelitian
yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan
bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu
dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan
pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.Manakala
faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan,
niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
Dari
apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan
sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair
pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
tak mungking benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan