Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
KITA DALAM GOLONGAN YANG MANA??
- Hari ini aku ingin kongsikan semula perkongsian yang dihantar oleh
sahabat aku melalui emel sejak 3 hari yang lepas. Lama rasanya aku tak
buka emel. Memang berlambak la kiriman yang tak berbalas. Maafkan aku ye
sahabat-sahabat kesayangan...hehehe
Kalau entri ini mempunyai persamaan dengan mana-mana entri yang kamu
ada. Aku minta maaf sangat-sangat. Sama tidak semestinya serupa.
Masing-masing ada cara masing-masing. Terpulanglah....
Kita dalam Golongan Yang Mana????
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia katakan "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu diikuti dengan berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan-Mu ini." sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa 'menimbunkan' harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai ke pertengahan usia namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata yang memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang akan menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yang kedekut ialah org yg tidak menyampaikan kepada orang lain setiap perkara kebaikan.
http://kum-pun.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan