Haiwan
seperti labah-labah memberikan sumbangan yang penting untuk ekosistem
Bumi..Tugas mereka termasuklah membersihkan populasi serangga berbahaya
dan juga memelihara tanaman..Apa yang menjadi keajaiban alam adalah
sutera yang dihasilkan oleh haiwan ini dan ia dapat dimanfaatkan untuk
memudahkan tugas manusia..Namun, haiwan ini juga turut boleh membunuh
sekiranya di ancam bahaya..Kalau nak tahu apa jenis labah-labah yang
boleh membunuh, meh usha kat bawah ni..
5. The Red Back
Labah-labah jenis
Redback (punggung merah) ini boleh ditemui di seluruh pelosok Australia.
Redback betina biasanya berwarna hitam dengan corak merah dan bergaris
di belakangnya.
Labah-labah ini memiliki racun neurotoksik dan bila anda digigit, ia
akan menyebabkan lemah otot, mual, muntah dan berpeluh. Kesan yang
paling teruk adalah lumpuh dan menyebabkan kematian.
4. The Funnel-Web
Labah-labah jenis
Funnel-Web ini juga berasal dari Australia. Funnel-Web jantan selalunya
berwarna hitam atau coklat berkilat. Labah-labah ini ketika hendak
menyerang, akan berdiri dengan kaki belakang dan memperlihatkan taring
mereka.
Mereka juga memiliki racun neurotoksik dan gigtan mereka dapat
menyebabkan mangsa mengeluarkan air liur secara berlebihan, berpeluh,
kejang, dan mengeluarkan air mata.
3. The Brazillian Wandering
Labah-labah jenis
Brazilian Wandering ini boleh ditemui di hutan hujan Amerika Selatan.
Mereka ini sangat agresif. Gigitannya sangat menyakitkan kerana ia
melepaskan serotonin ke dalam aliran darah mangsanya. Serotonin ini
boleh membuatkan mangsa mati seolah-olah seperti mengambil dadah secara
berlebihan.
2. The Brown Recluse
Labah-labah kecil
ini mempunyai punggung berbentuk seperti biola. Racun dari Brown Recluse
ini akan menyebabkan benjolan pada tempat yang digigit. Malah,
gigitannya juga tidak sakit, namun, jangan pandang rendah kerana
benjolan tersebut kemudiannya akan membusuk dari dalam dan meleraikan
daging dari bahagian tubuh mangsanya itu.
1. The Black Widow
Labah-labah jenis
ini mungkin merupakan spesies yang paling ditakuti. Labah-labh hitam
berkilat ini boleh ditemui di Amerika Utara. Racun neurotoksiknya akan
menimbulkan rasa sakit ketika menggigit, dengan dua tanda taring yang
jelas kelihatan.
Gejala-gejala gigitannya termasuklah rasa sakit pada perut dan punggung,
kejang pada otot perut, gagal bernafas, tekanan darah tinggi,
kegelisahan dan jika terlampau lama gigitan dibiarkan, ia boleh
menyebabkan kematian.
p/s: Nasib baik spesies yang jenis berbahaya ni tak ada di Malaysia..
p/s: Nasib baik spesies yang jenis berbahaya ni tak ada di Malaysia..
drysheet blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan