Home Klik Di Bawah

Selasa, 27 Ogos 2013

Masjid Muhammadiah Dibina Berkonsep Seni Bina Dan Budaya Cina


 
Orang ramai berkunjung ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H. Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh. -fotoBERNAMA
 
MASJID Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain mempunyai persekitaran yang unik dan indah.

"Pembinaan Masjid Muhammadiah dengan kos RM4 juta itu merupakan mercu tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri daripada pelbagai kaum.




"Masjid yang menjadi tarikan pelancong itu juga dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara," kata Zambry ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di masjid itu di Taman Tasek Jaya, Ipoh, baru-baru ini.

Ruangan solat utama Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim.
Pada majlis itu Zambry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk penambahbaikan masjid berkenaan.

Majlis Bandaraya Ipoh juga diarah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.

Ruang solat terbuka dengan hiasan kerawang bunga raya mengindahkan lagi senibina masjid.
 
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata fasa pertama masjid yang akan siap sepenuhnya September ini mempunyai ruang besar yang boleh diguna untuk majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya.

"Fasa kedua dengan kos RM3 juta melibatkan pembinaan pusat dakwah, pendidikan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan," katanya.

Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang. - BERNAMA/mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan