Topik kali ini sangat menarik. Mungkin anda juga ada idea tersendiri mengenai topik ini. 5 kebaikan yang kita mungkin belum pernah lakukan dan mungkin dengan melakukannya kita akan merasa satu jenis kelainan dari segi psychology mahupun physical. apa yang penting adalah niat yang ikhlas semata-mata mencari redha
Allah. Berikut adalah 5 kebaikan yang mungkin kita belum pernah lakukan:
1. Basuh tandas Awam/Masjid
Adakalanya manusia berfikir membasuh tandas awam terutamanya tandas masjid adalah kerja orang lain. Ramai yang sering mengadu kenapalah tandas masjid asyik kotor aje. Jadi kalau bukan kita yang nak bersihkan maka siapa lagi ? Ini adalah peluang untuk kita buat amal. Sesungguhnya perbuatan membasuh tandas masjid bukanlah suatu perbuatan hina bahkan ianya satu perbuatan yang mulia kerana ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Amacam ada berani basuh tandas awam/masjid ? p/s: Tandah rumah sendiri pun jangan lupa basuh. :)
2. Membantu Ibu tunggal/Janda.
Untuk membantu ibu tunggal atau janda tidak semestinya dengan mengahwini mereka. Boleh juga membantu mereka dari segi keangan, mengajar anak2 mereka dan sebagainya. Namun kalau nak kahwini/berpoligami dengan mereka itu lebih baik kerana secara tidak langsung membantu mereka dari segi menjaga kehormatan mereka. Jom renung Hadis Sahih berikut:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ
قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي
الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّاعِي عَلَى
الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَكَالْقَائِمِ لَا يَفْتُرُ وَكَالصَّائِمِ لَا
يُفْطِرُ
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه,
ia berkata:Dari Nabi صلی الله عليه وسلم
beliau bersabda: Orang yang membiayai para janda dan orang miskin
itu bagaikan seorang pejuang di jalan Allah. Aku mengira beliau
menambahkan: Dan bagaikan orang yang selalu menjalankan salat malam
tanpa henti atau bagaikan orang yang selalu berpuasa tanpa berbuka
(Shahih Muslim) No.: 5295 3. Mencuci pinggan mangkuk selepas makan.
Yang ini memang special dan kena jadikan tabiat. Bagi yang masih duduk dengan Mak mereka, apalah salahnya cuci pinggan makan tu sendiri, Mak dah penat2 masak, pinggan tolonglah cucikan. Bukankah itu akan menyenangkan hati Mak? Bagi yang dah ada bini pun sama gak, setiapa kali makan basuhlah pinggan sendiri. InsyaAllah, Bini anda akan lebih sayang pada anda ;-)
4. Membantu Anak Yatim
Dari Sahl bin Sa'ad رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini." Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara keduanya itu." (Riwayat Bukhari)
Kafilul yatim ialah orang yang menanggung segala perkara yang diperlukan oleh anak yatim - baik makan, minum, kediaman, pakaian dan pendidikannya, juga lain-lainnya pula.
Zaman sekarang ada banyak rumah anak yatim. Maka tiada alasan untuk kita tidak membantu mereka. Ada juga dikalangan saudara mara terdekat kita yang sudah menjadi Yatim maka disini dua kebaikan yang kita dapat apabila membantu mereka. Pertama: Kebaikan Sedekah itu sendiri. Kedua:Kebaikan menghubungkan silaturrahin. InsyaAllah.
5. Ucap Terima Kasih pada Cleaner
Bagi mereka yang duduk di ofis, bila cleaner datang ambil bakul sampah ditempat anda, pernahkah anda ucapkan terima kasih? Hah, kalau x pernah maka inilah masanya. Ucapan terima kasih anda akan membuatkan hati cleanaer tersebut lebih bahagia. Moga anda juga akan merasa bahagia yang berpanjangan.
Wallahu'alam.
http://zamanteman.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan