Belajar di sekolah asrama meruapakan salah satu pengalaman yang memang
tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi jika terdapat peristiwa seram
yang dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan. Ada sebuah kisah di
sebuah sekolah, beberapa orang pelajar perempuan sedang sibuk
mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba mereka terengar satu bunyi tapak kaki
yang sangat kuat. Siapakah pemilik bunyi tapak kaki tersebut?
Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas
sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. “Sudahlah Milah, aku pun
sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik ke
asrama, nak baring-baring di atas katil. Marilah temankan aku balik
kerana aku takut hendak balik seorang diri.”
Milah tertawa kecil, “Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun
masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut,
engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari, “Abang
datang!!! abang datang!!!” Ahhh…..Tunggulah aku sekejap lagi. Aku nak
habiskan bab tiga ini sedikit lagi.”
“Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak
tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan
binasa,” ujar Nona. “Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah
kita nanti,”sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.
Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg
galasnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan
pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat
hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang di matanya. Milah dan
Nona berbalas pandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang
datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.
Masing-masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup
kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak
kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar
kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.
Nona sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan
memegang tangan Milah dengan erat.
“Dam!” Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat
merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar
sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoleh mukanya pun tidak
keluar darah.
Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu
kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba tiba…
“Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona.”
Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan
Nona berpaling ke arah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali
hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai ke
arah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke
hadapan.
Milah menarik nafas lega,”Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja.
Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit
jantung, abang Hassan tahu tak…”kata Milah sambil berpaling ke arah
Nona.
“Kalau Nona hendak, boleh abang Hassan temankan,”ujar abang guard itu
sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya
terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja
menjawab pelawaan itu.
Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya
yang kedengaran. Sekali sekala bunyi salakan anjing memecah kedegaran.
Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas
barangnya.
“Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, janganlah sampai
tak boleh berenggang dengan aku,” kata Milah, terganggu dengan perangai
kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan
terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar
hendak berkemas.
Gambaran kelibat itu
Nona hanya diam membisu dan menggelng-gelengkan kepalanya apabila
ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.
Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nona masih terus menggengan erat
tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapakah Nona begitu
takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa
kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa
agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti
bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.
Keesokan harinya Milah tak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian
semalam kepada kawan kawannya yang lain. “Engkau tahu, Nona ni pucat
lesu mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang
Hassan tawarkan hendak temankan dia,” cerita Milah sambil disambut
dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan
dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.
“Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu,” sambut Elita sambil teryawa kuat.
“Tak sangka Nona ni penakut orangnya,” celah Rosmah pulak.
Hujung skali
Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. “Engkau
orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba
engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat
berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam
mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.
Bukankah kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong
sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak
terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru. Ha!
Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah ke kelas
malam ini.
Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi
pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru ke arah tingkap
sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Nona itu.
tak mungkin benar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan