Home Klik Di Bawah

Rabu, 14 Ogos 2013

Nasihat Untuk Perempuan - Sebagai Renungan Bersama


Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

1.Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan ibadahnya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2 Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
 

3.Haram bagi wanita melihat aurat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat aurat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

4.Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

5.Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

6.Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

7.Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

8.Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

9.Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

10.Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

11."Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

12."Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

13.Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

14."Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

15.Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

16.Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

17.Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

18.Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

19.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20.Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, "golongan dari umatku yang akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia: * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

Disini aku cuba jelaskan apa maksud point2 diatas secara lebih mudah.


Menutup aurat
Diwajibkan bagi umat islam untuk menutup aurat. kerana apa. supaya kita dijauhkan dari maksiat, supaya kita tidak menjadi mangsa kepada peragut, perogol dan macam-macam bala diluar sana. tetapi ada sebahagian tu, alhamdulilah dah baik menutup aurat tetapi malangnya memakai pakaian yang ketat-ketat sampai menampakkan bentuk badan. dan sesungguhnya hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. pandangan yang berasal dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan. hijab memutuskan darimu ketamakan yang berapi-api.

Menjaga maruah diri
Maruah diri sangatlah penting bagi kita semua. tanpa maruah diri maka hilanglah nilai seseorang manusia itu. diwajibkan untuk menjaga maruah diri adalah supaya kita dijauhi daripada maksiat. contoh yang paling sesuai di ambil adalah golongan remaja. mereka seperti seoleh-oleh tiada perasaan malu, tiada perasaan takut, hilang maruah diri kerana cinta. jangan sesekali kamu menjual maruah kamu kerana cinta. jika hilang maruah diri sebagai seorang manusia, adakah kita masih layak dipanggil manusia.

P/s aku masih improvise lagi entry ni. kalau ada salah atau silap, sila tegur.

Kerana manusia tak lari dari melakukan kesilapan, tetapi wajib bagi manusia belajar dari kesilapan untuk tidak terus melakukan kesilapan. assalamualaikum. 
 http://madah-tazkirah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan