Home Klik Di Bawah

Isnin, 5 Ogos 2013

Senarai produk Dumex yang ditarik balik kerana isu kualiti


KUALA LUMPUR: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.

Terdahulu pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; 
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna  yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.
-antarapos.com
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5Rnag==
P/s: ingat produk-produk ini yer...
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; 
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
 http://www.edisiblogger.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan