Home Klik Di Bawah

Selasa, 24 September 2013

Adakah Aku Lelaki Idaman?

Assalamualaikum... Salam manis dari saya buat anda, sahabat dan tetamu istimewa relaks minda. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita...semoga anda semua dalam keadaan sihat, tenang dan ceria tidak kira dimana dan apa jua yang anda sedang lakukan.

Setiap makhluk hidup di dunia ini di ciptakan berpasangan dan jika anda sudah berpasangan.. Adakah pasangan anda merupakan idaman anda? Bagi yang bujang pula, adakah anda idaman kepada mereka yang mencari pasangan? Tidak perlu menjawabnya kerana anda sendiri tahu jawapannya. Bagi yang inginkan sedikit panduan, gunalah ini sebagai persoalan yang memberi jawapan tentang diri dan pilihan anda.

 
 

Tatkala seorang lelaki bujang memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah, "Handsome kah aku?", "Adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger? Adakah aku sekacak Aaron Aziz? Adakah aku bergaya seperti Datuk K yang mampu menambat hati Datuk Siti? Adakah aku lelaki idaman setiap wanita?

Ya..Tidak atau Tidak Pasti?
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut pula ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

   
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
 
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

Adakah anda memilikinya wahai kaum lelaki idaman wanita?

Benarkah itu ciri-ciri lelaki idaman anda wahai kaum wanita?

p/s: yang pasti, aku adalah lelaki idaman isteriku. ")

Admin...

http://relakssminda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan