Home Klik Di Bawah

Rabu, 18 September 2013

Ketenangan Bersama Alam Semulajadi

 


Ketenangan...suatu nikmat yang tidak ternilai. Andai melihat kepada alam semulajadi yang indah dan mendamaikan... pasti dengan jelas kelihatan ketenangan. Begitulah juga dengan kita... Riak wajah di muka jelas sekali dapat di teka hati dan minda di dalam dalam keadaan tenang atau pun tidak.
 
 
 

Keindahan Alam dan KuasaNya
Keindahan alam semulajadi yang sungguh mengagumkan, anugerah Allah SWT untuk kita nikmati. Hati dan minda yang gelora dan kecewa akan tenang dengan menikmati ketenangan alam semulajadi yang indah ini. Wajah yang berkerut dan muram mampu bertukar menjadi ceria dan segar. 

Kuasa yang yang sungguh tidak mampu untuk kita tandingi. Hanya dengan melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi boleh mampu memberi ketenangan hati dan minda. 

Jangan sesekali merungut dan menyalahkan andai kesengsaraan dan tekanan sering melanda diri. Tiada kehidupan jika tiada ujian dan masalah.

Masalah Itu Nikmat
Masalah mengajar kita untuk mencari punca dan sebab. Masalah menguji kita untuk kenal erti kesabaran dan redha. Masalah menguatkan kita untuk berusaha dan berfikir. Masalah menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman. Masalah mengingatkan kita untuk lebih dekat kepadaNya dan berdoa. Disebalik masalah, hikmah dan nikmat tersedia menanti.

Ketenangan hati dan minda amat penting untuk kita sentiasa mampu berfikir dengan positif dan waras dalam menangani masalah dan ujian yang melanda.


   

Bersyukur
Bersyukurlah..... Berzikir dan Bersujud padaNya. 
"Subhanallah"
"Alhamdulilah"

"Lailahailallah"
"Allahuakbar"

   

Keindahan alam yang tenang dan memukau pandangan ini untuk kita nikmati. Bersyukur kerana di beri pancaindera yang mampu melihat segala anugerah Allah SWT ini. Merasai kesegaran dan mendengar suara alam yang tiada bandingannya. "Bersyukurlah... Pancaindera menikmati, hati dan minda merasai..." 

Jangan biarkan masalah dan tekanan sentiasa menghantui hidup anda. Carilah ketenangan. Hanya dengan ketenangan mampu membuatkan anda berfikir lalu membuka jalan penyelesaian.

Nikmati ketenangan
 
Luangkan sedikit masa anda... Nikmatilah keindahan alam semulajadi. Lapangkan fikiran dan biarkan diri anda menikmatinya.
Ketika anda bersama alam, anda akan terasa betapa kerdilnya diri ini. Betapa besar dan agungnya Maha Pencipta. Tiada yang mampu mengatasinya. Ketika itu anda akan kembali mengingati akan kelemahan diri. Kembali memohon keampunan. Kembali mengingati akan setiap kejadian itu adalah diatas kehendaknya. Kembali untuk memohon pertolongan kepadaNya... hanya pada Dia yang satu, Allah SWT.
Semoga kita semua beroleh ketenangan dan kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat...Insyaallah
Terima kasih bersama relaks minda... 
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan