Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji
benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku
mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi
kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai
kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila
melihatku.”
Biji benih kedua
pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh
membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam
kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan
menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…!
Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih
selamat.”
Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat
bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil
mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua
tersebut lalu dimakannya.
Kesian…
Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.
Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.
Jangan
takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di
dalam tanah… kerana jika anda takut dan kecut… anda akan hancur dimakan
zaman. Buka minda… buka hati… kenali potensi diri!
- Artikel iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan