Home Klik Di Bawah

Sabtu, 14 September 2013

Resepi Ayam Percik Terengganu yang simple!!

 
As salam..
Dari hari tu lagi kata nak share resepi ayam percik kan? haaa..baru hari ni teringat nak share..Sebenarnya resepi ayam percik ni aku dapat dari mak aku..so, kiranya ni ayam percik terengganu la ek..tersangatlah simple..aku ni mmg suka masak yg simple2 jer..haha..
Meh nak share resepi
 
Ayam percik Terengganu
Bahan-Bahan (untuk perap ayam - 5@6 ketul)
1. Bawang merah - 2 biji
2. Ketumbar - 1 sudu kecil
3. Jintan manis - 1 sudu kecil
4. Halia- 1/2 inchi
5. Serai - 1 batang
6. Letak madu sikit
Bahan-bahan (utk kuah percik)
1. Bawang merah - 3 biji
2. Halia - 1/2 inchi
3. Asam keping - 1 keping
4. Cili boh - kalau nak kuah merah..kalau nak kuah putih jgn buh..
5. Santan pekat - satu cawan
6. Serai
7. Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara masak
1. Tumbuk@kisar semua bahan-bahan utk perap ayam..then, lumur pada ayam..perap sekurang2nya 
setengah jam.
 
2. Masak kuah percik ngan didihkan santan. Pastu masukkan bawang merah dan halia yang dah ditumbuk atau kisar.
 
3. Masukkan cili boh, serai dan asam keping.
 
4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga pekat.
 
5. Lepas setgh jam, boleh bakar ayam yg diperap tadi.
 
6. Siap bakar letak kuah percik tadi atas ayam.
 
7. SIAP!!
 http://ka0rist0ry.blogspot.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan