Home Klik Di Bawah

Selasa, 17 September 2013

Resepi My Best Ever Butter Cake

 
 Resepi untuk membuat kek ini juga sangat simple hanya menggunakan 5 bahan sahaja, tempoh penyediaan juga sangat singkat. Campak sahaja kesemuanya di dalam mixer dan kisar secara berperingkat dari low, medium hingga ke high level. Apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Kek ini teramatlah sedapnya, memang resepi yang terunggul lah. Saya amat berpuashati kerana pencarian resepi kek butter berjaya akhirnya. Kek ini memang menepati selera saya iaitu lembut, gebu dan lembab.

Aduhaiiii sedap nyer ...Jom kita layan resepinya  ... 
 
 
Butter Cake

250g pure butter (saya guna jenama Anchor)
250g tepung naik sendiri
180g gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit.




 http://aziejaya.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. As salam. Entry dan gambar gambar ini adalah kepunyaan saya dari blog Azie Kitchen. Sepatutnya minta kebenaran jika ingin menyiarkannya dan berikan link.

    BalasPadam