Home Klik Di Bawah

Ahad, 8 September 2013

Resepi - RENDANG DENDENG



rendang dendeng yang menjadi pebret keluargaku... akak syorkan kalau nak buat rendang dendeng ni mestilah time betul betul fullmood rajin baru laju je membuatnya... tapi bagi akak kalau rasa nak makan jangan tunggu tunggu lagi.. buat je terus nanti langsung x buat punyer.. kalau nak tau... resepi rendang ni tersangatlah sedapnya.. dan bahannya mudah lagipun x guna banyak bahan, jadi.... kalau nak tau kesedapannya meh cuba...!!
 
 
 


RESIPI DENDENG 

1 kg daging batang pinang - rebus 4-5 ketul besar dan di potong setebal 1/2cm dan lebar 2-3 inci panjang (potong ikt urat sebab nak di tumbuk)
kemudian daging ditumbuk supaya lembut dan perap dengan kicap selama 1 jam (* jika x mahu masakan jadi hitam gelap daging bolehlah diperah untuk toskan kicapnya)

bahan kisar:-
30 biji cili kering - buang biji, rebus (untuk hilangkan pedasnya)
20 ulas bawang merah (lebih pun boleh)
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas

1 cawan kicap pekat
2 cawan minyak
2 sb air asam jawa
2 ab gula (ikut rasa)
garam (rasa dulu sbb ada kicap)
air rebusan daging


panaskan minyak. gorengkan daging yang di perap kicap tadi dengan api yang perlahan dan jangan terlalu garing, angkat dan toskan lalu diketepikan.
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing. masukkan daging, air asam jawa, gula, masukkan air rebusan daging biar mendidih hingga daging lembut
** jika daging masih liat bolehlah tambah 3-4 cawan air hingga daging lembut
** daging tumbuk dulu baru di perap kicap.

yang ni baru di goreng kicap dan di ketepikan.
 http://norlieharumaini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan